Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak terus maju hasil perpaduan, kerjasama rakyat

-

LAWAS: Sarawak terus maju dan membangun hasil perpaduan dan kerjasama kukuh antara rakyat berlainan agama dan budaya yang diamalkan sejak sekian lama.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, perpaduan sudah lama wujud dan diteruskan semua masyarakat di Sarawak yang menyedari pentingnya keamanan yang dinikmati.

“Saya berasa bertuah dapat menjadi Ketua Menteri sebelum ini kerana mendapat sokongan dan kerjasama semua kaum yang mempunyai semangat cintakan perpaduan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Turut hadir isteri Tun Taib Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Tun Taib menjelaska­n lagi, Sarawak semakin membangun seperti hari ini hasil dasar pembanguna­n yang dilaksanak­an.

“Ini adalah hasil kejayaan serta perjuangan semua kaum dalam mengekalka­n perpaduan.

“Rakyat perlu meneruskan kerjasama dengan tujuan untuk memperting­katkan perpaduan kerana perpaduan dapat mengatasi perbezaan yang ada,” ujarnya sambil menambah, keamanan dinikmati perlu diwarisi kepada generasi akan datang.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak akan meneruskan kerjasama pembanguna­n bersama Negara Brunei Darussalam.

“Sarawak mempunyai banyak kelebihan dan kita akan meneruskan perbincang­an dan kerjasama dengan Brunei bagaimana mengadakan pembanguna­n bersama dari pelbagai aspek yang membawa manfaat kedua- dua negara,” ujarnya.

Awang Tengah berkata, Sarawak perlu membuat peralihan kepada Industri 4.0 agar dapat berdaya saing dalam globalisas­i.

Jelasnya semenjak Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) dilancarka­n pada 2008, kerajaan negeri meluluskan 22 projek pelaburan bernilai RM33.64 bilion yang mampu mewujudkan 17,093 peluang pekerjaan.

Antara projek terbabit yang sudah beroperasi di Taman Perindustr­ian Samalaju di Bintulu ialah OCIM Sdn Bhd, Press Metal Bintulu Sdn Bhd, OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd, Pertama Ferroalloy­s Sdn Bhd, Sakura Ferroalloy­s Sdn Bhd dan Elkem Carbon Malaysia Sdn Bhd.

“SCORE akan terus menjadi pemangkin utama pembanguna­n dan perindustr­ian Sarawak.

“Penyampaia­n dan prestasi projek adalah lebih berbanding koridor lain sekali gus menjadi asas kukuh bagi membina keyakinan dalam kalangan pelabur,” katanya.

Hadir sama isteri Awang Tengah Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Ir Ahmad Denny Ahmad Fauzi, Timbalan Ketua Parti PBB Cawangan Bukit Sari, Kr Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia