Utusan Borneo (Sarawak)

Boulevard Hypermarke­t Kuching umum pemenang ‘Little Prince & Princess’ 2018

-

KUCHING: Boulevard Hypermarke­t Kuching semalam mengumumka­n pemenang peraduan ‘Little Prince & Princess’ atau Putera dan Puteri bagi 2018.

Putera Boulevard dimenangi oleh Ivan Ng Hong Zhe, manakala Puteri Boulevard dimenangi Eshal Asfia Jamil.

Ivan dan Eshal masingmasi­ng menerima baucar hadiah Boulevard bernilai RM1,500 berserta gambar berbingkai bersaiz 18R.

Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Natalie Boon Shi Ya dan Hezrio Nauful Hafsyam.

Natalie dan Hezrio masing-masing menerima baucar hadiah Boulevard bernilai RM1,000 dan RM800 berserta gambar berbingkai bersaiz 12 R.

Lapan hadiah sagu hati berupa baucar hadiah Boulevard bernilai RM200 berserta gambar berbingkai bersaiz 10R dimenangi oleh Marcus Kho Cheng Tiak, Nathaniel Brentley Nikita, Agnes Chara Colin, Marco Kho Cheng Jing, Edward Solomon Chong Wen Chen, Hon Shi Tong, Amand Teo Wen Hui dan Anson Voon Jia Qian.

Turut diumumkan semalam ialah tiga pemenang bagi peraduan ‘Me & My Baby’ 2018 yang dimenangi oleh Daniel Wee Jing Sheng dan bapanya sekali gus menerima baucar hadiah bernilai RM500 berserta gambar berbingkai saiz 16R.

Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Edward Solomon Cheng Wen Chen dan bapanya serta Ethel Albert Lim dan ibunya.

Pemenang kedua dan ketiga bagi peraduan ‘ Me & My Baby’ masing- masing menerima baucar hadiah bernilai RM300 dan RM200 berserta gambar berbingkai saiz 16R.

Manakala, Griezman Liew Tio dipilih sebagai pemenang paling banyak ‘Like’ oleh pengguna Facebook.

Peraduan tersebut bermula 2 Mac hingga 6 Mei lepas dan terbuka kepada semua bayi yang lahir antara 1 April 2016 dan 31 Oktober 2017. Dengan hanya pembelian RM30 dan ke atas bagi produk-produk bayi dalam resit tunggal, bayi layak untuk menyertai peraduan tersebut.

 ??  ?? TAHNIAH: Pemenang peraduan ‘Little Prince & Princess’ Boulevard 2018 merakamkan gambar kenangan selepas penyampaia­n hadiah semalam.
TAHNIAH: Pemenang peraduan ‘Little Prince & Princess’ Boulevard 2018 merakamkan gambar kenangan selepas penyampaia­n hadiah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia