Utusan Borneo (Sarawak)

Hiew Lee Chea bawa pulang hadiah utama Peraduan ‘Beli dan Menang’ yogurt Nestle

-

KUCHING: Peraduan ‘Beli dan Menang’ yogurt Nestle semalam menyaksika­n Hiew Lee Chea muncul pemenang hadiah utama tahun ini.

Hiew membawa pulang hadiah berupa sebuah televisyen LED 43 inci yang disampaika­n pada satu majlis ringkas di Pasar Raya Emart Batu Kawa di sini.

Tempat kedua jatuh kepada tiga pemenang iaitu Charles Ling Ming Leong, Bong Lu Sze dan Lim Chui Noi yang masing- masing membawa pulang hadiah ketuhar gelombang mikro.

Manakala, seramai enam orang memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah mesin pengadun setiap seorang.

Mereka terdiri daripada Hii Diong Nang, Wiltord Voon Shun Zie, Arani Zamaari, Jennifer Story, Ling Wang Jiun dan Hasimah Hashim.

Di samping itu, hadiah sagu hati turut diberikan kepada 10 pelanggan bertuah yang masing- masing membawa pulang hadiah berupa periuk nasi elektrik.

Peraduan ‘Beli dan Menang’ yogurt Nestle anjuran Nestle dengan kerjasama Grand Master Dairy Distributi­on Sdn Bhd dan Emart Batu Kawa bermula 27 April hingga 31 Mei lalu.

Setiap pembelian produk yogurt dan minuman yogurt Nestle bernilai RM8 ke atas dalam satu resit melayakkan pelanggan menyertai peraduan berkenaan.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Eksekutif Kanan Emart Group of Companies (Batu Kawa) Kelvin Dorlen, Eksekutif Jualan Kawasan Chilled Business Unit Nestle David Voon Ta Wei dan Eksekutif Operasi Grand Master Dairy Distributi­on Sdn Bhd Fabian Bong.

 ??  ?? TAHNIAH: Raiha merakam kenangan bersama pelajar Program Tajaan Pendidikan Petronas.
TAHNIAH: Raiha merakam kenangan bersama pelajar Program Tajaan Pendidikan Petronas.
 ??  ?? KEKUATAN PARTI: Engga (tiga kiri) menyerahka­n borang keahlian baharu kepada Munan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi SWP di Sibu, semalam.
KEKUATAN PARTI: Engga (tiga kiri) menyerahka­n borang keahlian baharu kepada Munan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi SWP di Sibu, semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: David (dua kanan) menyampaik­an hadiah utama kepada pemenang Peraduan ‘Beli dan Menang’ yogurt Nestle yang diwakili oleh Thien Fung Thai di Pasar Raya Emart Batu Kawa, semalam. Turut kelihatan Kelvin (kiri) dan Fabian (kanan).
TAHNIAH: David (dua kanan) menyampaik­an hadiah utama kepada pemenang Peraduan ‘Beli dan Menang’ yogurt Nestle yang diwakili oleh Thien Fung Thai di Pasar Raya Emart Batu Kawa, semalam. Turut kelihatan Kelvin (kiri) dan Fabian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia