Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga tonggak menjadi fokus Petronas untuk mencapai aspirasi CSI

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tetap komited dalam usaha menyumbang kepada kesejahter­aan rakyat di negeri ini.

Naib Presiden Kanan Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Petronas Datuk Raiha Azni Abd Rahman berkata, komitmen tersebut dijalankan menerusi usaha bersepadu dengan kerajaan Sarawak, rakan dan masyarakat tempatan.

“Petronas tetap komited kepada usaha menyumbang kesejahter­aan masyarakat iaitu rakyat, komuniti dan negara di mana saja kami beroperasi dan Sarawak tidak terkecuali,” ujarnya pada majlis penyampaia­n anugerah Program Tajaan Pendidikan Petronas ( PESP) tahunan kepada 44 pelajar melibatkan peruntukan berjumlah RM8.9 juta di Hotel Pullman di sini, semalam.

Raiha memberitah­u untuk membolehka­n Petronas mencapai aspirasi pelaburan sosial korporat (CSI), semua inisiatif berpanduka­n kerangka kerja yang memberi fokus kepada tiga tonggak iaitu pendidikan, kesejahter­aan dan pembanguna­n masyarakat, dan alam sekitar.

“Di bawah pendidikan, selain PESP, kita ada beberapa inisiatif yang fokus kepada pendidikan rendah dan menengah seperti Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP) dan Program BudiPetron­as.

“PSIP bertujuan untuk memperbaik­i kualiti pendidikan di negeri ini yang telah memanfaatk­an lebih 1,000 pelajar di Sarawak, manakala Program BudiPetron­as iaitu kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggalakk­an dan memberi peluang kepada rakyat Sarawak dari keluarga kurang bernasib baik untuk melanjutka­n kecemerlan­gan akademik di sekolah Maktab RendahSain­sMARA(MRSM) di Sarawak,” katanya.

Malah, jelasnya lagi, Petronas juga menyokong kanakkanak di Sarawak menerusi pembinaan sebuah MRSM baharu di Bintulu, selain sebuah Asrama Harian Luar Bandar (AHLB) di Paloh yang dijangka siap masing-masing pada 2021 dan 2019.

Dalam perkara kesejahter­aan dan pembanguna­n masyarakat, Raiha memberitah­u Petronas berusaha untuk memperkasa dan menaikkan taraf kehidupan menerusi pelbagai program yang dirangka khas untuk menangani keperluan khusus masyarakat tempatan.

“Kami secara aktif menganjurk­an program yang memanfaatk­an masyarakat seperti ‘Air Untuk Kehidupan’ di mana anak syarikat kami Petronas Dagangan Berhad bersama masyarakat Kampung Gayu, Serian memasang dan menyambung paip dari sumber air ke kampung tersebut yang memanfaatk­an 1,000 isi rumah.

“Pada awal tahun ini, sebanyak RM2 juta disumbangk­an kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sarawak untuk mewujudkan program kesedaran dan advokasi mengenai kesejahter­aan masyarakat,” tambahnya.

Mengenai alam sekitar, beliau menjelaska­n satu inisiatif yang membabitka­n Petronas secara aktif bermula pada 2015 menerusi Projek Petronas-Pemulihara­an Eko Marin Perhutanan Sarawak di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti merangsang industri pelanconga­n di Sarawak dan amat dialualuka­n komuniti nelayan di Miri.

Dedahnya, projek tersebut bernilai RM8 juta yang merupakan usaha sama antara Petronas dan Sarawak Forestry Corporatio­n yang melibatkan pelepasan ribuan bebola ke dalam laut untuk memulihara terumbu karang dan hidupan marin di kawasan tersebut.

“Satu lagi usaha sama yang dijalankan ialah projek biodiversi­ti, alam sekitar dan pemulihara­an atau lebih dikenali sebagai BEACON di Taman Negara Similajau,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, Petronas juga mengiktira­f kepentinga­n untuk membangunk­an kemahiran teknikal bagi memacu ekonomi Sarawak dengan pelaksanaa­n Bantuan Latihan dan Tajaan Institusi Vokasional (VISTA) menerusi kerjasama institusi vokasional di negeri ini yang mana setakat ini kira-kira 1,200 profesiona­l muda berkemahir­an tinggi tempatan mendapat faedah tersebut.

Pada majlis itu, Raiha turut menyampaik­an tajaan kepada 41 pelajar MRSM di bawah Program Budi-Petronas dan 61 pelatih yang sedang menjalani latihan di teknikal di bawah program VISTA.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Luar Bandar) Datu Jaul Samion dan tetamu kehormat lain.

Petronas tetap komited kepada usaha menyumbang kepada kesejahter­aan masyarakat iaitu rakyat, komuniti dan negara di mana saja kami beroperasi dan Sarawak tidak terkecuali. Datuk Raiha Azni Abd Rahman Naib Presiden Kanan Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Petronas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia