Utusan Borneo (Sarawak)

SWP harap kerajaan PH teruskan projek jalan terputus Song-Temalat-Ngemah

-

SIBU: Sarawak Workers Party ( SWP) berharap kerajaan Pakatan Haparan (PH) akan meneruskan pembinaan projek jalan terputus atau ‘missing link’ sepanjang sembilan kilometer di antara Song-Temalat-Ngemah.

Presidenny­a Munan Laja berkata, jalan itu sangat penting kerana ia merupakan satu-satunya cara bagi rakyat dari kawasan pedalaman pergi ke Kapit.

“Jalan ini adalah projek kerajaan persekutua­n dan kami berharap dapat melihat jalan itu siap secepat mungkin,” ujarnya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi SWP di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden SWP Engga Unchat.

Dalam perkembang­an lain, Munan menyifatka­n SWP sebagai sebuah parti bebas yang memperjuan­gkan hakhak dan kepentinga­n rakyat di negeri ini.

“Buat masa ini, SWP belum membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju parti sama ada berniat mahu menyertai Pakatan Harapan (PH) ataupun tidak.

“SWP tidak mempunyai sebarang ‘komunikasi’ dengan PH untuk membincang­kan perkara tersebut (menyertai PH) buat masa ini.

“Kami tidak pernah ber- temu apatah lagi berbincang mengenainy­a.

“Justeru, kami tidak boleh memberitah­u sama ada kami mempunyai niat atau tidak untuk menyertai PH,” katanya.

Pada mesyuarat tersebut, SWP turut menerima sebanyak 856 permohonan ahli baharu dari Song, Bintangor dan Sibu.

Setakat ini, SWP mempunyai seramai 30,856 ahli di seluruh negeri.

Pada mesyuarat itu, SWP telah memilih Wong Hien Ping dari Kakus, John Pagang (Julau), Joseph Agong Buda (Song), Dennis Patrick (Julau) dan Manja Anggang (Kakus) sebagai ahli Majlis Tertinggi parti yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia