Utusan Borneo (Sarawak)

400 tetamu meriahkan Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya Kastam

-

KUCHING: Seramai 400 tetamu dari pelbagai kaum memeriahka­n Majlis RamahTamah Gawai Raya anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sarawak di Dewan Serbaguna, Wisma Kastam Kuching kelmarin.

Majlis yang menggabung­kan perayaan Gawai Dayak dan Aidilfitri itu diadakan sebagai tanda permuafaka­tan warga kerja yang berbilang kaum.

Malah, ia adalah usaha memastikan ikatan dan semangat perpaduan sentiasa terpelihar­a dengan baik antara warga jabatan tanpa mengira kaum dan agama.

Pengarah Kastam Sarawak Datin Sharifah Halimah Tuanku Taha dalam ucapannya menyeru semua anggota dan pegawai supaya sentiasa menjaga serta memperting­katkan hubungan baik sedia ada.

Di samping itu katanya, semangat kerjasama, tolongmeno­long serta nasihat-menasihati dalam urusan kerja juga perlu dijaga.

Tegasnya, ini membantu proses percambaha­n dan perkembang­an minda warga dan pegawai jabatan.

Selain itu, Halimah memberitah­u, dengan kehadiran jemputan dari pelbagai jabatan dan agensi akan dapat mengeratka­n lagi kerjasama dalam pelbagai bidang sama ada berkaitan dengan tugas ataupun sosial.

Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Selain itu, majlis tersebut dimeriahka­n dengan pertanding­an gerai terbaik yang disertai lapan gerai masing-masing mewakili bahagian termasuk koperasi Kastam dan gabungan stesen-stesen serta enam persembaha­n oleh setiap bahagian dalam jabatan.

 ??  ?? ALBUM RAYA: Halimah ditemani Fatimah merakam kenangan bersama tetamu pada memeriahka­n Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak, kelmarin.
ALBUM RAYA: Halimah ditemani Fatimah merakam kenangan bersama tetamu pada memeriahka­n Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia