Utusan Borneo (Sarawak)

Perjalanan jauh, kekurangan diri tidak mematahkan semangat Azikin

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Perjalanan lebih 1,000 kilometer dari tempat asalnya tidak mematahkan semangat seorang pelajar Politeknik Mukah untuk terus menimba ilmu.

Apatah lagi, Mohd Azikin Basri, 21, yang berasal Tawau, Sabah sebenarnya orang kelainan upaya (OKU).

“Saya bercita-cita untuk menjadi salah seorang pakar teknologi maklumat (IT),” ujarnya kepada Utusan Borneo ketika Minggu Aspirasi Siswa Politeknik Mukah (PMU) 2018 baru-baru ini.

Sebelum ini, Azikin menuntut di sebuah kolej swasta tempatan di Sabah dan berhasrat melanjutka­n pelajaran dalam bidang tersebut.

Akhirnya, beliau ditawar untuk menuntut di Politeknik Mukah dalam jurusan diingininy­a iaitu Diploma Teknologi Maklunat (Digital) merangkumi enam semester atau sekitar tiga tahun pengajian.

Ketika ditanya mengenai kekurangan­nya, beliau mengakui mengalami kecacatan

Saya bercitacit­a untuk menjadi salah seorang pakar teknologi maklumat (IT). Mohd Azikin Basri Pelajar Politeknik Mukah

fizikal sejak kecil iaitu pada kaki kanannya.

“Kaki kanan saya lemah sejak kecil lagi, namun hanya mula memakai tongkat setelah tamat tingkatan lima,” ujarnya.

Anak muda ini turut berjanji akan membanggak­an ibu bapanya dengan pencapaian akademikny­a sedikit masa lagi.

PMU baru- baru ini menerima 706 pelajar yang mendaftar untuk ambilan sesi Jun 2018.

Perasmian Minggu Aspirasi Siswa PMU 2018 disempurna­kan oleh Pengarah PMU Lt Kol Bersekutu (PA) Abdubrani Yunus.

 ??  ?? TETAMU KEHORMAT: (Dari kiri) Ahmad Fauzi, Lukanisman, Dr Teo, Marini di meja utama Majlis Beraya Bersama Pemimpin di SMKAMi malam kelmarin.
TETAMU KEHORMAT: (Dari kiri) Ahmad Fauzi, Lukanisman, Dr Teo, Marini di meja utama Majlis Beraya Bersama Pemimpin di SMKAMi malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia