Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Berjarah Raya SMKAMi meriah

-

MIRI: Aktiviti tahunan, Majlis Berjarah Raya Bersama Pemimpin anjuran SMK Agama Miri yang lebih dikenali SMKAMi telah diadakan malam kelmarin dengan jayanya.

Pengetua Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob berkata, dianggarka­n lebih 2,000 tetamu di kalangan pelajar, ibu bapa dan rakan hadir pada majlis itu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo dan Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.

“Antara objektif utama adalah merapatkan silatura- him guru dan ibu bapa serta meraikan agensi kerajaan dan swasta yang sentiasa membantu sekolah,” jelas beliau.

Dr Teo meminta pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris sebagai menambah kemahiran komunikasi mereka ketika memasuki dunia pekerjaan.

Selain bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, mereka yang menuntut di SMKAMi beruntung kerana mempelajar­i bahasa Arab.

“Penguasaan bahasa Inggeris amat penting untuk semua menuju ke arah negara maju.

“Peluang pekerjaan amat luas bagi yang menguasai bahasa Inggeris,” jelasnya.

Pada pada itu, tetamu menikmati pelbagai masakan dari seluruh Malaysia disediakan oleh guru dan ibu bapa.

Tetamu juga dihiburkan dengan persembaha­n angklong dan gamelan dari kelab kebudayaan sekolah.

Turut hadir, Timbalan Datuk Bandar Kaunselor Julaihi Mohamad dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru Marini Juraibi.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Billy (depan lima kanan) merakamkan gambar bersama peserta Kursus Latihan Jurulatih untuk pegawai dan penolong pegawai kesihatan persekitar­an baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Billy (depan lima kanan) merakamkan gambar bersama peserta Kursus Latihan Jurulatih untuk pegawai dan penolong pegawai kesihatan persekitar­an baru-baru ini.
 ??  ?? CEKAL: Azikin ketika ditemui pada Majlis Perasmian Minggu Aspirasi Siswa PMU 2018, baru-baru ini.
CEKAL: Azikin ketika ditemui pada Majlis Perasmian Minggu Aspirasi Siswa PMU 2018, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia