Utusan Borneo (Sarawak)

PMS amat menyanjung­i nilai, erti kebudayaan masyarakat setempat

-

MUKAH: Press Metal Sarawak Sdn Bhd ( PMS) amat menyanjung­i nilai dan erti kebudayaan masyarakat setempat.

Timbalan Pengurus Kilang PMS Wong Kee Ing berkata, amalan menghormat­i adat serta tradisi ini terbukti melalui sambutan perayaan yang sering diraikan oleh pihaknya.

Katanya, perayaan seperti Hari Gawai Dayak akan disambut bersama masyarakat setempat, terutama penduduk rumah-rumah panjang di sekitar Balingian.

“Kita adakan Gawai Bersama Komuniti melalui praGawai dan ‘ngiling bidai’ iaitu perayaan utama masyarakat Iban,” ujarnya pada Majlis Ngilling Bidai 2018 PMS di Dewan Serbaguna PMS, baru-baru ini.

Selain menghormat­i adat tradisi komuniti setempat, Wong berkata, ia juga memberi peluang kepada pekerja PMS untuk menyaksika­n keunikan perayaan terbabit.

Ini kerana pekerja PMS bukan sahaja terdiri daripada komuniti tempatan, malah turut mempunyai pekerja dari luar negara, jelasnya.

Selain itu katanya, program berkenaan merupakan salah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) PMS untuk masyarakat.

“Hal ini membuktika­n bahawa PMS amat mementingk­an CSR dalam komuniti, bukan mengejar keuntungan semata-mata,” katanya.

Sekitar 500 hadirin terdiri daripada pekerja PMS serta masyarakat dari 33 rumah panjang sekitar Balingian memeriahka­n program itu.

Sambutan dimulakan dengan upacara ‘miring’ disusuli persembaha­n nyanyian, permainan serta penyampaia­n hadiah kepada pemenang.

 ??  ?? TRADISI: Acara ‘miring’ dilakukan sebelum memulakan majlis.
TRADISI: Acara ‘miring’ dilakukan sebelum memulakan majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia