Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis Dayak dipelawa sertai Pertanding­an Kumang BDCF

-

SIBU: Gadis Dayak di negeri ini yang masih bujang berumur 18 hingga 30 tahun dipelawa untuk menyertai Pertanding­an Kumang Pesta Kebudayaan Dayak Borneo ( BDCF) 2018 yang akan diadakan dari 23 hingga 25 Julai ini di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

Setiap gadis yang berminat menyertai pertanding­an ini hendaklah mempunyai ketinggian tidak kurang daripada 5 kaki 2 inci.

Menurut kenyataan media jawatankua­sa pertanding­an tersebut, pertanding­an akan diadakan sebanyak tiga peringkat.

“Peringkat pertama ialah saringan pada 23 Julai bagi memilih 10 finalis. Finalis kelak akan diminta untuk mengikuti pratonton pada 24 Julai.

“Final Kumang BDCF 2018 akan diadakan pada 25 Julai. Ketiga-tiga peringkat tersebut akan diadakan di pentas BDCF mulai jam 9 malam,” ujarnya.

Katanya, semua peserta pada tiga peringkat tersebut dikehendak­i memakai kostum/pakaian mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Kumang BDCF 2018 akan membawa pulang RM2,000 berserta mahkota, selempang, piala, hamper dan bunga, manakala gelaran ‘Lulong’ (naib johan) akan menerima RM1,500 berserta selempang, piala dan hamper.

Gelaran ‘Selinggar Matahari’ (tempat ketiga) akan memenangi RM1,000 berserta selempang, piala dan hamper.

Peserta yang menduduki tempat keempat dan kelima masing-masing bakal menerimaRM­350 dan RM300 berserta selempang.

Lima peserta lain masing-masing akan menerima RM200 sebagai hadiah sagu hati.

Semua peserta akan diadili mengikut peratus permarkaha­n seperti kecantikan mewakili 70 peratus, pakaian (20 peratus) dan susuk badan/ keyakinan diri (10 peratus).

Yuranpenye­rtaandiken­akan sebanyak RM30 berserta salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Julai, jam 1 petang.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Angeline Uchi Maseng menerusi talian 0168825861 atau Senorita Salleh (013-8061265).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia