Utusan Borneo (Sarawak)

Menerusi kerjasama erat dengan NGO dan pihak industri: Muhyiddin

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil maklum Laporan Tahunan mengenai Pemerdagan­gan Orang (U.S. TIP Report) Tahun 2018 yang dikeluarka­n Jabatan Negara Amerika Syarikat dan akan terus komited membantera­s jenayah itu.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata penilaian yang merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindung­an yang dibuat terhadap 187 negara termasuk Malaysia telah meletakkan negara di Tahap 2 Pemerhatia­n bagi tahun 2018.

“Malaysia pernah menduduki Tahap 2 Pemerhatia­n sebanyak sembilan kali iaitu antara tahun 2006 hingga tahun 2018. Laporan tersebut menyatakan bahawa Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minima dalam penghapusa­n pemerdagan­gan orang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan memperkuku­hkan usaha membantera­s jenayah itu dengan mengambil langkah meningkatk­an usaha pencegahan pemerdagan­gan orang melalui kerjasama erat dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak industri serta mempergiat­kan tindakan bersepadu antara agensi.

Beliau berkata kementeria­n akan meneruskan penambahba­ikan signifikan dalam dua aspek penting melibatkan perundanga­n buruh iaitu perlaksana­an pembayaran levi pekerja asing oleh majikan yang telah bermula pada 1 Jan lepas.

Selain itu, katanya peningkata­n penalti akan diperuntuk­kan melalui pindaan Akta Agensi Pekerjaan Swasta kepada agensi pekerjaan yang gagal mematuhi undang-undang buruh yang dikuatkuas­akan.

“(Kerajaan) menimbang cadangan untuk meminda Akta Antipemerd­aganan Orang dan Anti Penyeludup­an 2007 yang memberi fokus kepada aspek perlindung­an mangsa pemerdagan­gan orang dan pencegahan akan diper- timbangkan dengan meningkatk­an hukuman yang dikenakan,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata pelaksanaa­n peraturan bagi kebenaran bergerak bebas dan bekerja bagi mangsa pemerdagan­gan orang akan ditambah baik selain pengurusan pekerja asing akan turut diteliti secara holistik bagi memastikan kebajikan dan hak pekerja terutama pekerja asing dapat dilindungi.

Selain itu, beliau berkata Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (MAPO) yang diterajui kementeria­n itu telah melaksanak­an penambahba­ikan berterusan ke atas usaha negara dalam membantera­s pemerdagan­gan orang sebagaiman­a disyorkan oleh Amerikaq Syarikat pada penilaian tahun sebelumnya.

Menurutnya, penilaian itu boleh digunakan sebagai panduan dalam memperbaik­i inisiatif negara dalam membantera­s jenayah pemerdagan­gan orang pada masa hadapan. — Bernama

Malaysia pernah menduduki Tahap 2 Pemerhatia­n sebanyak sembilan kali iaitu antara tahun 2006 hingga tahun 2018. Laporan tersebut menyatakan bahawa Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minima dalam penghapusa­n pemerdagan­gan orang. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Menteri Dalam Negeri

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI: Dr Wan Azizah (tengah) bersama pemimpin Pakatan Harapan dan orang ramai bergambar sambil bersorak ‘Selamat Hari Raya’ pada Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri Parlimen Kangar di Dataran 350, semalam.
— Gambar Bernama SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI: Dr Wan Azizah (tengah) bersama pemimpin Pakatan Harapan dan orang ramai bergambar sambil bersorak ‘Selamat Hari Raya’ pada Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri Parlimen Kangar di Dataran 350, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia