Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah jemaah haji Terengganu meningkat tahun ini: Menteri Besar

-

KUALA NERUS: Jumlah jemaah haji dari Terengganu meningkat kepada 2,739 orang tahun ini berbanding 2,500 orang tahun lepas, kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 101 jemaah adalah dari kalangan kakitangan kerajaan negeri yang mendapat pengiktira­fan atas kecermelan­gan perkhidmat­an mereka.

Beliau turut menasihatk­an jemaah haji yang akan berangkat supaya menjaga disiplin dan mengikut segala arahan yang dikeluarka­n Tabung Haji sepanjang berada di tanah suci.

“Jemaah haji dari Terengganu merupakan sebahagian daripada 30,200 Malaysia yang berpeluang menunaikan haji tahun ini dengan sejumlah 112 penerbanga­n disediakan untuk membawa mereka bermula 14 Ogos ini.

“Jemaah diingatkan supaya kerap minum air dan jangan terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana cuaca di sana ketika ini sangat panas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1439 Hijrah peringkat negeri, di Taman Tamadun Islam, di sini malam kelmarin.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan, Datuk A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani.

Sementara itu Adi Azuan berkata tidak ada peraturan baharu yang dikenakan terhadap jemaah haji dari Malaysia, meskipun Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan cukai tambah nilai lima peratus seperti GST kepada Tabung Haji mulai tahun ini.

“Ini kerana semua perkhidmat­an dan barangan yang dibeli Tabung Haji, perlu tambah lima peratus yang akan ditanggung oleh Tabung Haji,” katanya.

Adi Azuan berkata, Tabung Haji sentiasa memperbaik­i kemudahan perkhidmat­annya terutama semasa jemaah berada di Arafah dan Mina yang keadaannya sangat padat.

“Untuk keselesaan jemaah, kita akan menyediaka­n tambahan blower bagi mengurangk­an kehangatan,” katanya.

Beliau berkata, buat pertama kalinya tahun ini TH menguruska­n jemaah haji melalui Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) Sepang yang dibina melibatkan peruntukan kira-kira RM450 juta menggantik­an Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya yang telah beroperasi sejak 36 tahun lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia