Utusan Borneo (Sarawak)

Semua lorong pelepasan di Tambak Johor dibuka semula

-

SINGAPURA: Semua lorong di tambak menuju Johor Bahru yang ditutup awal pagi semalam ekoran kemalangan jalan raya kini telah dibuka semula.

“Operasi di pusat pemeriksaa­n Woodlands telah beroperasi seperti biasa,” menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n Singapura (ICA) dalam pengemaski­nian 8 pagi Facebookny­a.

Terdahulu pada 2.30 pagi, ICA memuatkan naik maklumat tentang penutupan sementara lorong pelepasan ekoran kemalangan jalan raya tetapi dua jam kemudian mengemaski­ni maklumat bahawa dua daripada tiga lorong di tambak itu telah dibuka semula.

C h a n n e l N e w s A - sia melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seorang maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan itu.

Memetik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), berita dalam talian itu berkata laporan tentang kemalangan di jambatan tambak itu itu diterima pada 1 pagi dan tiga ambulans serta sebuah jentera bomba bergegas ke tempat kejadian.

Lelaki itu menghembus­kan nafas terakhir di tempat kejadian ketika dirawat oleh anggota paramedik SCDF, manakala tiga yang cedera dihantar ke hospital manakala mangsa keempat yang turut cedera enggan dihantar ke hospital, menurut jurucakap SCDF.

Sebuah video yang tular mengenai kemalangan itu memaprkan sebuah lori yang menggunaka­n plat pendaftara­n Malaysia terbabas di di lorong bersebelah­an lalu merempuh sebuah motosikal yang juga menggunaka­n plat pendaftara­n Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia