Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA anjur Jualan Jimat Belanja Pasca Aidilfitri sepanjang Syawal

-

PUTRAJAYA: Ekoran sambutan menggalakk­an Pasar Tani Ramadan dan Pasar Tani menjelang Aidilfitri yang mencatatka­n jualan RM40 juta, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) mengadakan jualan Jimat Belanja Pasca Aidilfitri sepanjang bulan Syawal ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) FAMA, Mansor Omar berkata, program jualan berkenaan diadakan khusus untuk memberi peluang kepada pengguna mendapatka­n barangan keperluan bagi jamuan rumah terbuka pada harga menjimatka­n.

“Program jualan ini akan diadakan di seluruh outlet peruncitan di bawah FAMA iaitu di 732 pasar tani dan enam MyFarm Outlet di seluruh negara,” katanya di sini semalam.

Jelas beliau, selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna berpeluang untuk mendapatka­n bekalan kuih raya dan produk industri asas tani tempatan di jualan tersebut.

Penjimatan yang ditawarkan ialah di antara lima hingga 20 peratus berbanding harga di pasar awam, kata Mansor lagi.

Antara barangan yang dijual di Myfarm Outlet Putrajaya pada harga istimewa termasukla­h ayam segar RM6.30 sekilogram berbanding RM8 sekilogram, kubis bulat (RM2/ kg), bawang besar India (RM2/ kg) dan telur gred c (RM6 sepapan).

Katanya, Jualan Jimat Belanja Aidilfitri di MyFarm Outlet di Putrajaya akan berlangsun­g hari ini (semalam) dan esok (hari ini) dari jam 8 pagi hingga 8 malam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PILIH: Seorang pengunjung tertarik dengan buah durian yang dijual pada Program Jualan Jimat Belanja Pasca Aidilfitri @ MyFarm Outlet, Putrajaya anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) semalam.
— Gambar Bernama PILIH: Seorang pengunjung tertarik dengan buah durian yang dijual pada Program Jualan Jimat Belanja Pasca Aidilfitri @ MyFarm Outlet, Putrajaya anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? JIMAT: Seorang pengunjung membeli pelbagai sayuran pada Program Jualan Jimat Belanja Pasca Aidilfitri @ MyFarm Outlet, Putrajaya anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) semalam.
— Gambar Bernama JIMAT: Seorang pengunjung membeli pelbagai sayuran pada Program Jualan Jimat Belanja Pasca Aidilfitri @ MyFarm Outlet, Putrajaya anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia