Utusan Borneo (Sarawak)

KOGURU buka keahlian ke seluruh negara

-

KUALA TERENGGANU: Keahlian Koperasi Warga Pendidik Terengganu (KOGURU) kini dibuka kepada semua kakitangan sektor pendidikan di seluruh negara yang berminat.

Pengerusin­ya, Alias Yahya berkata KOGURU yang kini mempunyai 12,000 ahli menerima banyak permintaan dari warga pendidik di luar Terengganu yang berminat menyertai koperasi tersebut memandangk­an banyak manfaat dan faedah yang ditawarkan kepada ahli.

“Kita telah memutuskan untuk membuka keahlian kepada mereka di luar Terengganu. Langkah ini perlu bagi memastikan KOGURU terus berkembang maju. Kita tidak boleh terus bergantung kepada keahlian dalam negeri sahaja kerana bilangan anggota yang terhad membataska­n banyak perkara.

“Oleh itu kita akan menjenamak­an semula KOGURU kepada nama lain untuk disesuaika­n dengan perubahan tersebut,” katanya kepada Bernama selepas perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan KOGURU 2018, oleh Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh di sini semalam.

Dalam pada itu, seramai 23 waris ahli KOGURU yang meninggal dunia turut menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM391,000.

Menurut Alias, setiap waris menerima sumbangan sebanyak RM17,000 selain bantuan pengurusan jenazah sebanyak RM2,500 seorang yang telah diagihkan sebelum ini.

“Sebagai contoh, jika berlaku kes kematian, manamana ahli yang telah meninggal dunia yang ada membuat pinjaman warisnya tidak perlu membayar baki pinjaman walau sebanyak mana jumlahnya.

“Di Terengganu hanya separuh dari jumlah keseluruha­n warga pendidik mendaftar dengan KOGURU dan kita akan pertingkat­kan usaha dari semasa ke semasa untuk menarik lebih ramai ahli dengan sasaran peningkata­n 1,000 ahli setahun,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia