Utusan Borneo (Sarawak)

Ini termasuk Bukit Saban menerusi pelbagai projek telah dan akan dilaksana: Uggah

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Sejumlah kirakira RM34.5 juta telah diluluskan Kerajaan Sarawak bagi pembanguna­n Bahagian Betong termasuk kawasan Bukit Saban menerusi pelbagai projek yang telah dan akan dilaksanak­an.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada jumlah yang direkodkan, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM20 juta untuk pembanguna­n pertanian.

“Kerajaan juga melihat keperluan untuk membasmi kemiskinan di bawah projek membaiki rumah dan melu- luskan RM1 juta.

“Selain itu dalam rangsangan yang sama turut meluluskan RM2.5 juta untuk penyambung­an elektrik kepada penduduk yang masih belum menerima kemudahan tersebut termasuk mereka yang baharu mendirikan rumah.

“Keperluan masih ditagih dan amat memerlukan perhatian serta sering mengundang masalah kepada penduduk apabila berlakunya hujan dan air pasang ialah sistem perparitan yang memerlukan

Dalam pada itu, di bawah Program Transforma­si Luar Bandar bagi kawasan Bukit Saban yang melibatkan pelbagai projek kecil seperti pembinaan jalan kampung, sistem perparitan kampung dan banyak lagi, kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

penyelengg­araan dan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM6 juta bagi tujuan tersebut. “Dalam pada itu, di bawah Program Transforma­si Luar Bandar bagi kawasan Bukit Saban yang melibatkan pelbagai projek kecil seperti pembinaan jalan kampung, sistem perparitan kampung dan banyak lagi, kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri Bukit Saban 2018 yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna Masyarakat Spaoh dekat sini semalam.

Tambahnya, ahli parlimen juga menerima peruntukan berjumlah RM5 juta bagi merancang pembanguna­n yang akan dibahagi- bahagikan kelak.

“Dalam pada itu, keperluan penduduk yang akan terus dilaksanak­an kelak dan salah satunya, saya akan berbincang bersama ahli parlimen untuk mengajukan permasalah­an untuk menaik taraf dewan yang sedia ada kepada kerajaan negeri agar ianya lebih selesa untuk kegunaan bersama masyarakat di sini,” ujarnya.

Dalam sambutan tersebut sekitar 1,500 penduduk Bukit Saban menghadiri majlis yang cukup meriah.

Hadir sama isterinya Datin Amar Doreen Mayang, Robert Lawson Chuat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu serta isteri, Penasihat Penyelidik­an Sains Negeri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Residen Bahagian Betong, Friday Belik, Ketua- Ketua Jabatan dan Masyarakat.

 ??  ?? SUMBANGAN: Uggah menyampaik­an sumbangan kepada beberapa agensi pendidikan di bawah KEMAS sempena majlis tersebut semalam.
SUMBANGAN: Uggah menyampaik­an sumbangan kepada beberapa agensi pendidikan di bawah KEMAS sempena majlis tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia