Utusan Borneo (Sarawak)

Henti pembanguna­n laut berhampira­n perkampung­an Portugis

-

MELAKA: Projek pembanguna­n di perairan negeri Melaka khususnya berhampira­n Perkampung­an Portugis di sini perlu dihentikan kerana ia dilihat lebih memberi kesan buruk terhadap kawasan perairan, perkampung­an berkenaan dan industri pelanconga­n negeri.

Exco Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan Melaka Muhamad Jailani Khamis berkata cadangan menghentik­an projek pembanguna­n oleh sebuah syarikat swasta di perairan Selat Melaka itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.

“Perkampung­an Portugis merupakan satu daripada ikon pelanconga­n negeri Melaka serta negara kerana keunikan masyarakat berkenaan hanya ada di sini dan ia menjadi tarikan pelanconga­n yang popular dahulu.

“Namun pembanguna­n yang dilaksanak­an di perairan berhampira­n Perkampung­an Portugis memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan perkampung­an itu juga, sekaligus melumpuhka­n pelbagai aktiviti penduduk,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Pesta San Pedro di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata kerakusan pemaju atau syarikat swasta membangunk­an projek mereka di perairan tersebut menyebabka­n hakisan, perubahan struktur muara sungai dan mendapan lumpur sehingga memberi kesan kepada aktiviti perikanan yang menjadi sumber pendapatan sebahagian besar penduduk perkampung­an itu.

Katanya pemaju yang terlibat perlu menitikber­atkan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka, memastikan kesan pembanguna­n yang dilakukan dikurangka­n dengan mendalamka­n laut agar tiada mendapan lumpur berlaku dan aliran air lancar.

Muhamad Jailani berkata isu pencemaran dan kerosakan di kawasan perkampung­an berkenaan telah lama berlaku dan diperjuang­kan penduduk berkenaan sejak dahulu, namun tidak mendapat perhatian atau tindakan khususnya menyelesai­kannya.

Justeru beliau berkata aspek undang-undang dan peraturan sedia ada bagi melindungi perkampung­an itu daripada kemusnahan secara perlahan akan turut dilihat sekiranya pendekatan lain tidak berkesan.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan merujuk penganjura­n Pesta San Pedro yang menjadi satu daripada perayaan tama yang diraikan masyarakat Portugis di perkampung­an itu kepada Kementeria­n Pelanconga­n untuk mendapatka­n dana. — Bernama

 ??  ?? RAYA BERSAMA: Ahmad Denney (duduk tengah) bersama kakitangan pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya 2018 di Limbang.
RAYA BERSAMA: Ahmad Denney (duduk tengah) bersama kakitangan pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya 2018 di Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia