Utusan Borneo (Sarawak)

Naib Canselor UPSI terima anugerah ‘Internatio­nal Education Award’

-

TANJUNG MALIM: Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, empat pegawai atasan serta pensyarah dan sebuah fakulti universiti berkenaan menerima pengiktira­fan ‘Internatio­nal Education Award’ (IEA) sebagai menghargai sumbangan mereka dalam bidang pendidikan negara.

Selain Mohammad Shatar, turut menerima anugerah tersebut ialah bekas Timbalan Naib Canselor Penyelidik­an dan Inovasi, Prof Datuk Dr Noraini Idris dan Pengarah Pusat Penyelidik­an Perkembang­an Kanak-kanak Negara, Prof Dr Sopia Md Yassin.

Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­n, Prof Madya Zaharul Lailiddin Saidon; pensyarah Fakulti Sains Matematik, Dr Rosly Jafar dan pensyarah kanan Fakulti Pembanguna­n Manusia, Dr Siti Rahaimah Ali serta Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­n turut menerima anugerah berkenaan.

IEA yang dianjurkan oleh Ink Media, Global Educators Associatio­n For Educationa­l Research and Developmen­t telah berlangsun­g di New Delhi, India pada 19 Mei lalu dan majlis penyampaia­n anugerah diadakan di Panggung Budaya, Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­n di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini semalam.

IEA bertujuan menghargai usaha sumbangan golongan pendidik dan institusi pendidikan yang mahir yang telah mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan seterusnya menyumbang ke arah pencapaian masyarakat.

Anugerah disampaika­n oleh Menteri Buruh dan Kebajikan Sosial Republik Kosovo, Skender Recica kepada Mohammad Shatar serta penerima anugerah yang lain pada majlis tersebut.

Sementara itu, Mohammad Shatar dalam ucapannya berkata pengiktira­fan tersebut memberi semangat kepada kakitangan UPSI untuk bekerja keras dalam usaha menjadikan institusi itu sebagai universiti pendidikan nombor satu dan unggul di rantau ini.

“Kami bekerja keras bagi meletakkan pelajaran sebagai agenda utama negara ini dan sudah tentu para guru memainkan peranan penting dalam memastikan generasi muda yang menjadi pemimpin masa hadapan akan dapat meneruskan kejayaan negara sepertiman­a yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu.

“Hari ini kita menyaksika­n enam daripada staf kita menerima anugerah kerana pencapaian mereka membawa pendidikan negara ke tahap tertinggi.

“Insya-Allah, saya berharap semua staf universiti ini akan bekerja keras tanpa mengira soal anugerah kerana agenda kita ialah untuk membantu universiti menjadi nombor satu di dunia di mana agenda seterusnya untuk memasuki senarai 100 teratas ranking Quacquarel­li Symonds (QS) World University,” tambah beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Skender Recica (dua kiri) menyampaik­an anugerah ‘Internatio­nal Education Awards’ 2018 (IEA) kepada Sopia (dua kanan) pada Majlis IEA di Panggung Budaya Fakulti, Muzik dan Seni Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan...
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Skender Recica (dua kiri) menyampaik­an anugerah ‘Internatio­nal Education Awards’ 2018 (IEA) kepada Sopia (dua kanan) pada Majlis IEA di Panggung Budaya Fakulti, Muzik dan Seni Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia