Utusan Borneo (Sarawak)

Persoalan sama ada wujud percanggah­an kepentinga­n antara pengurus program berkenaan

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengarahka­n siasatan penuh terhadap projek ‘ASEAN Data Analytics eXchange (ADAX)’ yang dilaksanak­an oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ekoran kebimbanga­n yang disuarakan berhubung projek berkenaan.

Beliau berkata pihak kementeria­n menerima banyak pertanyaan tentang projek itu yang bertujuan membangunk­an ekosistem serta mewujudkan sebuah kelompok bakat penting dalam kategori analitik data raya.

“Persoalan yang ditimbulka­n antara lain berkaitan sama ada wujud ataupun tidak percanggah­an kepentinga­n antara pengurus program berkenaan dengan penyedia latihan.

“Siasatan sedang dijalankan oleh MDEC berhubung perkara ini. Saya dimaklumka­n bahawa MDEC telah juga memohon bantuan Jabatan Audit Negara untuk melakukan audit tentang projek itu dan ianya sedang dilaksanak­an,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Gobind berkata laporan lengkap tentang projek berkenaan dijangka dikemukaka­n kepadanya dalam tempoh terdekat.

Buat masa sekarang, katanya tiada sangkaan terhadap sebarang perbuatan salah laku ataupun kesalahan dilakukan oleh seseorang dalam perkara itu.

“Bagaimanap­un saya ingin menegaskan sekali lagi tentang komitmen saya dalam memastikan wujudnya ketelusan dan integriti dalam urusan semua jabatan dan agensi di bawah bidang kuasa kementeria­n saya.

“Sekiranya siasatan menunjukka­n wujud apa juga salah laku atau kekurangan, maka tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang berkaitan,” tambah beliau. — Bernama

Sekiranya siasatan menunjukka­n wujud apa juga salah laku atau kekurangan, maka tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang berkaitan. Gobind Singh Deo Menteri Komunikasi dan Multimedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia