Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Selamat Perak catat penurunan kes kemalangan

-

IPOH: Kadar kemalangan dan kemalangan maut mengalami penurunan di Perak sepanjang Ops Selamat 13/2018 yang dilaksanak­an dari 8 hingga 22 Jun lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT), Supt Ahmad Adnan Basri.

Beliau berkata langkah penguatkua­saan dan pemantauan yang berkesan berjaya mengurangk­an sebanyak 25 kes kemalangan daripada 1,944 tahun lalu kepada 1,919 dalam tempoh sama tahun ini.

Selain itu, kadar kemalangan maut juga menurun sebanyak dua kes dari 31 kes tahun lalu kepada 29 kes tahun ini.

“Sebanyak 10 pasukan yang ditubuhkan bagi memastikan kelancaran dan penguatkua­saan undang- undang dijalankan sepanjang tempoh Op Selamat 13/2018.

“Hasilnya prestasi yang kita tunjukkan agak memberangs­angkan yang mana kadar kemalangan maut dapat diturunkan berbanding statistik tahun lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi Operasi Trafik berhadapan Kem Pasukan Gerakan Am di Jalan Ipoh- Kuala Lumpur di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Adnan berkata sebanyak 38,646 jumlah saman dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya di seluruh negeri sepanjang Ops Selamat tahun ini, meningkat sebanyak 2,698 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak polis telah mengesan 29 kawasan hitam dan panas baharu yang sering belaku kemalangan antaranya di Kuala Kangsar, Tapah, Taiping, Selama dan Kerian.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi hari ini Ahmad Adnan berkata 88 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarka­n termasuk tiada lesen memandu, memotong di garisan berkembar dan memandu melebihi had yang dibenarkan.

Katanya operasi yang dijalankan selama lima jam bermula pukul 9 pagi itu bertujuan mengesan pemandu kenderaan yang memotong di garisan berkembar dan memandu laju di kawasan yang sering berlaku kemalangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia