Utusan Borneo (Sarawak)

Salah guna kuasa, CEO GLC bebas

-

PUTRAJAYA: Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) yang direman bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitka­n beberapa projek pembinaan di sini bernilai RM300 juta, dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Majistret Mohammad Abduh Md Hafidz membenarka­n lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin selepas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta lanjutan reman.

Lelaki bergelar ‘Datuk’ itu sebelum ini direman selama tiga hari bermula Khamis lepas oleh bagi membolehka­n kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek berusia 59 tahun itu ditahan SPRM di pejabatnya kira-kira 12 tengah hari Rabu.

Ia susulan serbuan yang dilakukan suruhanjay­a itu di sekitar Lembah Klang melibatkan beberapa premis seperti pejabat dan rumah suspek bagi mendapatka­n dokumen berkaitan kes.

Suspek dipercayai menyalahgu­nakan kuasanya bagi memanipula­si beberapa projek pembinaan yang sedang dijalankan GLC berkenaan.

Menurut jurucakap SPRM, projek itu telah dianugerah­kan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender, namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, pihak yang dilantik berkenaan gagal melaksanak­an projek itu.

Berikutan itu, projek berkenaan kemudianny­a diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentinga­n dengan suspek dan perkara itu sememangny­a telah dirancang lebih awal, katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi suspek lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di Country Homes Rawang, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata kedua-dua suspek berkenaan ditahan sekitar jam 1 pagi semalam di Bandar Baru Kundang.

Beliau berkata kedua-dua mereka berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun dan masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah.

“Semalam kami menahan tiga suspek kes ini dan menjadikan jumlah keseluruha­n suspek yang ditahan seramai lima orang setakat ini.

“Selain itu, hasil siasatan polis mendapati kesemua suspek merupakan anggota kumpulan geng 08 dan kesemua mereka direman pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Khamis lepas, seorang lelaki parah, manakala se- orang lagi cedera ringan selepas dibelasah sekumpulan lelaki.

Pergaduhan berkenaan melibatkan beberapa lelaki yang memukul dan melanggar mangsa menggunaka­n motosikal sebelum menyamun kedua-dua mangsa dengan melarikan motosikal serta dompet mereka.

Sebuah video berdurasi 34 saat dan beberapa gambar lelaki yang dikatakan anggota kumpulan kongsi gelap yang membelasah mangsa turut tular di media sosial.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki dipercayai ditetak, dipukul dan dibogelkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap.

Satu mesej juga tular dipercayai daripada penduduk Country Homes Rawang dikatakan meminta bantuan daripada Polis Diraja Malaysia berhubung kejadian itu yang dikaitkan dengan gangsteris­me. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia