Utusan Borneo (Sarawak)

MAIPS sumbang RM100,000 kepada Madrasah Miftahul Hidayah

-

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berkenan berangkat menyampaik­an sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Madrasah Miftahul Hidayah Perlis di sini, sempena Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs menyerahka­n peruntukan bagi 2018 itu kepada Mudir madrasah berkenaan, Megat Mohd Ridhwan Mustapha Khairi, kelmarin.

Menurut kenyataan MAIPs semalam, ketika ini madrasah berkenaan mempunyai lebih 80 pelajar yang bakal bergelar huffaz yang juga diharap mampu menjadi pendakwah.

Madrasah yang ditubuhkan pada 25 Mei 2011 merupakan salah sebuah institusi pengajian tahfiz berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) yang menerima peruntukan tahunan daripada MAIPs. — Bernama PEKAN: Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempertika­ikan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang membekukan beberapa akaun yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad ( 1MDB), termasuk akaun Ibu Pejabat UMNO Pusat dan UMNO negeri.

Bekas perdana menteri itu berkata pihak berkuasa sepatutnya hanya membekukan akaun individu yang hendak disiasat dan bukannya menjadikan akaun parti sebagai ‘sasaran’.

“Sebab apapun, UMNO tidak bersalah. Kalau individu yang bersalah, ambillah tindakan kepada orang yang berkenaan, jangan ambil tindakan kepada UMNO, jangan ambil tindakan kepada parti politik sebab parti politik ada ahlinya dan berfungsi dalam sistem demokrasi.

“Kita ada tanggungja­wab kepada rakyat yang perlu dilaksanak­an, bukannya kita wujudkan parti politik untuk suka ria, kita ada tugas yang berat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.

Sementara itu Najib yang mengekalka­n jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan yang disandangn­ya sejak 1982 mengingatk­an semua anggota dan pimpinan UMNO supaya berubah dan tidak lagi mengamalka­n politik wang dalam pemilihan parti pada kali ini.

“Kita jangan pilih kerana habuan, orang marah kita, kita menang di sini apa guna, menang sorak, kampung tergadai, orang di luar perhati sahaja bagaimana orang UMNO syok sendiri, kita buat program hanya sesama kita.

“Kalau ini sikapnya maknanya kita tidak lakukan proses perubahan UMNO. Hendak ubah UMNO bukan hanya ubah pemimpin, tetapi juga ubah sikap, nilai, pendekatan, perilaku kita dan segalanya supaya kita ini kembali rakyat.

“Mungkin Tuhan nak mengajar kita atas kelemahan yang dilakukan sebelum ini… kita insafi dan betulkan diri kita,” katanya yang turut mengakui ada melakukan kesilapan apabila tidak melakukan perkara yang sepatutnya semasa men- jadi pemimpin dahulu.

Najib berkata zaman untuk anggota dan pemimpin UMNO bermewah-mewah juga sudah berlalu dan mereka kena kembali asas perjungan UMNO yang mementingk­an rakyat sebagai matlamat perjuangan parti dengan sedia berkorban dan bukannya melihat parti sebagai punca rezeki.

Katanya anggota UMNO perlu mencontohi parti Pakatan Harapan yang mampu mendekati dan meraih sokongan rakyat pada PRU14 yang lalu walaupun tanpa mengeluark­an belanja yang besar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia