Utusan Borneo (Sarawak)

PH berjanji tidak akan mengulangi tindakan kerajaan lepas: Tun Mahathir

-

LANGKAWI: Kerajaan Pakatan Harapan berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan lepas yang telah gagal memegang amanah yang diberikan oleh rakyat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Katanya beliau bersamasam­a dengan Pakatan Harapan boleh dijatuhkan oleh rakyat jika melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan agama.

“Kalau saya yang menipu, beritahu. Saya boleh dijatuhkan. Begitu juga wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Harapan yang menipu boleh disingkirk­an jika mereka gagal memegang amanah mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke-29 Koperasi Pembanguna­n Daerah Langkawi di sini.

Menurutnya kerajaan dahulu yang didakwanya mencuri duit rakyat, tidak segan silu mengaku duit berkenaan halal dan menggunaka­nnya untuk menghantar rakyat mengerjaka­n haji.

“Bagaimana duit ini boleh dikatakan halal dan diberikan untuk membuat haji jika ia hasil daripada yang dicuri,” katanya.

Dr Mahathir berkata konsep amanah ini juga penting dalam pengurusan koperasi kerana ia menentukan jatuh bangunnya organisasi itu.

Katanya sesiapa sahaja yang diberikan tanggungja­wab untuk menguruska­n koperasi perlu menjalanka­nnya dengan penuh ikhlas dan beramanah.

“Apa sahaja kerja yang

Kalau saya yang menipu, beritahu. Saya boleh dijatuhkan. Begitu juga wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Harapan yang menipu boleh disingkirk­an jika mereka

mereka. ” gagal memegang amanah Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

diberikan perlu dijalankan dengan amanah. Jangan ambil hak orang. Syarikat ( koperasi) akan maju dan dapat kekal kerana sentiasa memperoleh keuntungan,” katanya.

Sementara itu, pengerusi koperasi itu, Juhari Bulat berkata mereka mampu menjana keuntungan yang membolehka­n anggota- anggotanya menikmati dividen 10 peratus setiap tahun sepanjang 30 tahun lepas.

Juhari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat berkata koperasi itu kini merancang untuk memulakan keusahawan­an resort selepas berjaya mengusahak­an stesen minyak, kilang tar, hotel dan kedai motosikal. — Bernama LANGKAWI: Penarafan ke atas Malaysia akan terus meningkat selagi kerajaan mampu menguruska­n ekonominya dengan baik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan agensi penarafan antarabang­sa S&P Global Ratings semalam yang mengesahka­n semula penarafan matawang asing dan matawang tempatan dengan prestasi stabil. Agensi itu mengesahka­n semula penarafan ke atas Malaysia ‘A-/A-2’ matawang asing dan ‘A/A-1’ matawang tempatan.

Penganalis­is agensi penarafan antarabang­sa itu turut membayangk­an ia mungkin meningkatk­an kadar penarafan itu dalam 24 bulan akan datang jika prestasi ekonomi kukuh itu berterusan berbanding tahun sebelumnya.

“Kalau kita dapat urus ekonomi kita dengan baik maka penarafan kita akan meningkat balik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri di Kota Mahsuri di sini.

Mengenai pengumuman beliau ketika melakukan lawatan ke Indonesia semalam yang membayangk­an kemungkina­n untuk menghidupk­an semula projek kereta Malaysia-Indonesia, Dr Mahathir berkata pengumuman itu akan disusuli dengan satu cadangan baharu.

“Saya tidak tahu sama ada mereka mahu melakukann­ya atau tidak tetapi kami ada cadangan sendiri. Kami mahu mengemukak­an cadangan selepas ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata cadangan itu akan turut merangkumi kerjasama bagi kedua-dua negara mengeluark­an alat ganti kenderaan.

Sementara itu, perdana menteri berkata langkah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini yang membekukan akaun ibu pejabat UMNO dan di beberapa negeri bertujuan untuk menyiasat sumber wang itu diperoleh.

“Kita nak tahu duit yang dapat oleh UMNO yang beratus juta itu datang daripada mana. Kalau ia datang dari 1MDB maka dia (UMNO) perlu bagi duit itu. Kita akan terus siasat,” katanya.

Dr Mahathir, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, sedang melakukan lawatan dua hari ke pulau peranginan ini.

Beliau memulakan program lawatan itu dengan merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-29 Koperasi Pembanguna­n Daerah Langkawi sebelum menganjurk­an majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Sukan LADA di sini selain menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Kota Mahsuri.

Esok, beliau akan meninjau premis Pusat Khidmat Parlimen Langkawi di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia