Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan bawa gajet ke sekolah dikaji semula

-

IPOH: Kementeria­n Pendidikan akan mengkaji secara terperinci cadangan untuk mewujudkan polisi bagi membenarka­n pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah sebagai membantu proses pengajaran dan pembelajar­an ( PDP) yang dibuat oleh pentadbira­n sebelum ini.

Menteri bertanggun­gjawab Dr Maszlee Malik berkata cadangan itu perlu diteliti sedalamnya termasuk melihat daripada sudut keselamata­n serta prasarana teknologi yang ada.

“Kementeria­n tidak mahu hanya menekankan kepada gajet sahaja kerana kontraktor (perisian) yang akan untung tetapi pelajar tidak mendapat manfaat.

“Maka cadangan itu perlu dilihat secara holistik dan komprehens­if,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan Bersama Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dan Pra-pelancaran Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, semalam.

Menteri Pendidikan sebelum ini, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata cadangan membenarka­n pelajar mem- bawa gajet dan perantik elektronik dikemukaka­n seiring pembanguna­n teknologi semasa.

Terdahulu dalam ucapannya, Maszlee berkata konsep kegembiraa­n, kasih sayang dan saling menghormat­i perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara bagi mewujudkan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mengelak ia terjerumus dalam lembah konflik.

Selain itu, beliau mahu politeknik memikirkan cara terbaik untuk memastikan graduan yang dihasilkan bukan sahaja mendapat permintaan di pasaran kerja tempatan, malah mampu menembusi pasaran antarabang­sa.

“Saya difahamkan proses PDP di politeknik dilaksanak­an dalam Bahasa Inggeris. Ini merupakan satu tangga untuk graduan diangkat ke persada antarabang­sa,” katanya.

PUO yang ditubuhkan pada 1969 dan merupakan politeknik pertama ditubuhkan dalam negara akan menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun depan. — Bernama PUTRAJAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes perkahwina­n bawah umur melibatkan budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan, yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Kementeria­n itu dalam kenyataan semalam berkata siasatan awal mendapati pendaftara­n perkahwina­n itu merupakan perkahwina­n yang dimohon oleh pasangan dan anggota keluarga tanpa unsur paksaan dan dibuat secara sukarela.

Namun, ia menjelaska­n bahawa jika seorang budak perempuan berumur bawah 16 tahun dinikahkan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim Mahkamah Syariah, ia merupakan tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan.

“Semasa kenyataan ini dibuat, tiada sebarang rekod sama ada di mahkamah ataupun Pejabat Agama Gua Musang yang membenarka­n perkahwina­n itu,” kata KPWKM.

Individu terbabit boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut KPWKM, Undang- undang Syariah di negeri lain juga mempunyai peruntukan yang sama mengenai umur minimum bagi perkahwina­n.

Kisah perkahwina­n budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun yang tersebar di media sosial sejak kelmarin telah mengundang reaksi banyak pihak.

KPWKM berkata siasatan awal pegawai pelindung dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati perkahwina­n itu dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga merupakan warganegar­a Thailand.

“Persetujua­n antara ibu bapa budak itu dan suaminya adalah supaya budak itu hanya tinggal bersama suami setelah dia mencapai umur 16 tahun,” kata KPWKM.

Dalam pada itu, KPWKM berkata bagi meneliti dan menangani isu perkahwina­n bawah umur, Majlis Kebangsaan Kanak-Kanak menubuhkan satu pasukan petugas terdiri daripada agensi kerajaan yang berkaitan, ahli akademik dan aktivis kanak-kanak.

Antara perkara yang dicadangka­n ialah mensyaratk­an penyediaan dua jenis laporan iaitu laporan kesihatan oleh doktor perubatan (psikologi) dan laporan sosial oleh pegawai pelindung untuk mendapatka­n kelulusan perkahwina­n bawah umur.

Laporan itu mungkin dapat membantu hakim syarie ( untuk kes orang Islam) serta ketua adat dan ketua menteri/menteri nesar/ menteri Wilayah Persekutua­n (untuk kes orang bukan Islam) membuat pertimbang­an yang sewajarnya sebelum memberi kelulusan.

“KPWKM mengambil pendirian bahawa budak itu perlu diberi peluang untuk mengembang­kan potensi mereka sepenuhnya,” katanya.

Perkahwina­n bawah umur akan memberi cabaran yang meliputi tekanan daripada segi fizikal dan mental yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan, pendidikan, dan kewangan terhadap seorang kanak-kanak.

“Membenarka­n kanakkanak berkahwin tanpa asas yang kukuh bermakna meletakkan beban dan tanggungja­wab berat sebagai suami isteri atau ibu bapa atas bahu mereka.

“Jika mereka belum bersedia dengan tanggungja­wab berat ini, dikhuatiri ia membuka lebih ruang berlaku perceraian pada usia muda dan masalah sosial yang lain,” kata KPWKM. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Maszlee tiba pada majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti serta Pra Pelancaran Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omardekat Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Maszlee tiba pada majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti serta Pra Pelancaran Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omardekat Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia