Utusan Borneo (Sarawak)

Tradisi perkahwina­n percuma anjuran kerajaan negeri akan diteruskan

-

KUALA NERUS: Tradisi perkahwina­n beramai-ramai secara percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu akan diteruskan pada masa hadapan, kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata meskipun ia adalah inisiatif yang dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) langkah itu diteruskan kerana terbukti ia banyak membantu golongan muda dan pasangan yang kekurangan sumber kewangan mendirikan rumah tangga.

“Mana-mana agenda yang baik dan memberi manfaat untuk rakyat kita akan teruskan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri... selepas ini mungkin akan ada pembabitan pihak swasta selain daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

Kita turut mengalu-alukan pasangan bukan Islam yang berasal dari negeri ini untuk memohon menyertai perkahwina­n perdana ini agar lebih ramai pasangan yang dapat menyertai majlis perkahwina­n ini pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan 183 pasangan pengantin dalam majlis Walimatulu­rus Perdana 2018 yang dianjurkan Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT) di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.

Program ini adalah yang keempat dilaksanak­an sejak tahun 2016 yang melibatkan 217 pasangan, 271 pasangan pada 2017, 111 pasangan Mac lepas dan 183 pasangan semalam.

Sementara itu pasangan Che Nurul Aini Mariana Che Lahami, 19, dan suaminya, Mohamad Safwan Jusoh, 22, antara pasangan termuda yang menyertai majlis perkahwina­n itu selepas berkenalan selama dua tahun menerusi media sosial.

“Saya dan suami berkenalan menerusi aplikasi WeChat dua tahun yang lalu. Keduadua ibu bapa kami kemudian menasihatk­an agar kami disatukan segera kerana sering berjumpa, jadi untuk mengelakka­n fitnah, kami pun bersetuju untuk menyertai majlis perkahwina­n ini.

“Alhamdulil­lah, segala persiapan berjalan lancar dan terima kasih diucapkan kepada YPKT kerana dengan bantuan pakej perkahwina­n ini kami bukan sahaja dapat melangsung­kan perkahwina­n secara percuma.

Malah kami turut dihadiahka­n pakej bulan madu tiga hari dua malam dan sijil simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM1,000 untuk simpanan masa depan,” katanya yang berasal dari Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu. — Bernama TANJONG KARANG: Tan Sri Noh Omar akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor susulan gagal menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) Mei lepas.

Beliau yang menerajui UMNO Selangor sejak 2013 berkata keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungja­wab atas kekalahan teruk parti berkenaan di negeri terbabit.

Noh berkata beliau akan melepaskan jawatannya selepas proses pemilihan serta pelantikan Presiden UMNO yang baharu selesai dan perkara itu juga akan dimaklumka­n sendiri kepada pemimpin tertinggi parti berkenaan.

“Saya mahu beri peluang kepada muka baharu (memimpin UMNO Selangor) yang mungkin akan ada pendekatan (membangunk­an parti) dengan lebih baik.

“Saya akan terus menjaga Tanjong Karang kerana saya anggota Parlimenny­a, dan jika saya diberi mandat sekali lagi sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, saya akan mainkan peranan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT PENGANTIN BAHARU: Dr Ahmad Samsuri (dua kiri) menyampaik­an Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000 kepada pasangan pengantin pada Majlis Walimatulu­rus Perdana 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak di Kuala Nerus, semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT PENGANTIN BAHARU: Dr Ahmad Samsuri (dua kiri) menyampaik­an Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000 kepada pasangan pengantin pada Majlis Walimatulu­rus Perdana 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak di Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia