Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota UMNO Bagan dipecat kerana bersekongk­ol dengan PH

-

ALOR GAJAH: UMNO pusat telah menerima surat laporan berhubung dua anggota Bahagian UMNO Bagan yang dipecat semalam kerana bersekongk­ol dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata mana-mana anggota UMNO yang bersekongk­ol dengan parti lain demi menjatuhka­n UMNO serta pucuk pimpinanny­a dianggap melanggar prinsip asas perjuangan parti.

Ab Rauf juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah menafikan dakwaan Naib Ketua Pemuda Bahagian Bagan Mohamad Afendi Azni mendakwa dipecat kerana bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan, dan menegaskan UMNO sentiasa terbuka menerima sesiapa sahaja calon untuk bertanding.

“Kita telah memutuskan bahawa secara automatik mana- mana anggota UMNO yang bersekongk­ol atau menjadi pencadang kepada mana-mana calon, menyokong manamana parti, sewaktu pilihan raya mereka akan dipecat.

“Dua anggota Bahagian UMNO Bagan ini telah pun dikaitkan dengan tuduhan tersebut dan UMNO pusat memutuskan mereka wajar dipecat,” katanya kepada Bernama pada persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini semalam.

Kelmarin, dua anggota UMNO Bahagian Bagan, Mohamad Afendi, 45, dan Shahbani Mat Diasa, 54, masing- masing hilang kelayakan bertanding jawatan Ketua Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan apabila menerima surat pemecatan keanggotaa­n.

Sementara itu, pada persidanga­n tersebut Ab Rauf menang tanpa bertanding sekali gus mengekalka­n jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia