Utusan Borneo (Sarawak)

Khaled dedah pernah diserang ‘orang’ Najib ketika tegur isu 1MDB

-

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam mendedahka­n beliau pernah diserang dan dijadikan sasaran ‘ orang- orang’ dan ‘budak-budak’ Datuk Seri Najib Tun Razak ketika cuba menegur bekas presiden parti itu berhubung skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Mohamed Khaled yang merupakan calon Naib Presiden UMNO berkata ‘orang-orang’ itu termasukla­h yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.

“Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula- mula timbul. Bila Presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatk­an Presiden bahawa UMNO ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.

“Setelah itu, saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang- orang dan budakbudak presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang dan akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur Presiden. Mendukung saja beliau,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini.

Bagaimanap­un, sikap itu (terlalu mengutamak­an Presiden dan bukannya kepentinga­n parti) kemudian akhirnya memakan UMNO sendiri apabila ‘terjerumus’ (kalah) teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas kerana orang Melayu sudah muak dan marah dengan pendekatan diambil.

“Tambahan pula, Presiden menggunaka­n segala macam cara untuk menagih kesetiaan ahli. Wala’ lah. Bai’ah lah. Dipergunak­an segala macam konsep Islam untuk memelihara kepentinga­n peribadiny­a.

“Jadi, ini adalah satu lagi kesilapan. Kesilapan yang tidak seharusnya berulang. Kita mesti berani menegur presiden dan mana- mana pemimpin kita. Tegur dengan kebenaran. Hidup dengan kebenaran. Dan berjuang dengan kebenaran,” katanya.

Bekas Menteri Besar Johor itu juga berkata pendekatan pihaknya dalam memilih untuk menghina negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi antara faktor tumbangnya UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, mereka mengambil jalan mudah dengan menyerang, mencaci, mengungkit dan mempersend­akan keturunan Tun Dr Mahathir tetapi lupa akan hakikat bahawa Tun Dr Mahathir pernah berbakti kepada bangsa.

“Kerana sikap keras dan sombong kitalah, rakyat menjadi semakin marah kepada kita.

Kerana sikap keras dan sombong kita jugalah, akhirnya Tun Dr Mahathir mendapat ruang dan peluang untuk kembali kepada rakyat dan diberikan sanjungan serta kepercayaa­n untuk mengemudi semula Malaysia.

Kita akui kita sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan beliau secara matang dan strategik,” katanya.

Beliau berkata UMNO juga gagal berpegang kepada nilai untuk berbakti kepada bangsa dan sering mengungkit bahawa orang Melayu harus berterima kasih kepada UMNO atas segala kebaikan dilakukan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ORANG KUAT UMNO: Mohamed Khaled (tiga kiri) ketika Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang 2018 di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama ORANG KUAT UMNO: Mohamed Khaled (tiga kiri) ketika Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang 2018 di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia