Utusan Borneo (Sarawak)

Rakitic menyamakan prestasi rakan senegarany­a itu setaraf pemain Sepanyol Iniesta

-

SAINT PETERSBURG: Croatia akan bermain dalam perlawanan peringkat 16 terakhir di Piala Dunia menentang Denmark diterajui pemain tengah malar segar Luka Modric, seorang pemain yang dibandingk­an oleh rakan sepasukan Ivan Rakitic dengan pemain Sepanyol Andres Iniesta.

Empat tahun bersama Iniesta di Barcelona dan 11 tahun di sisi Modric untuk Croatia meletakkan Rakitic pada kedudukan yang istimewa untuk menilai dua pemain tengah terbaik dalam era moden.

“Kedu a - d u a mereka nampak seperti berasal dari planet lain dan mereka datang untuk bermain bola sepak bersama kita manusia,” kata Rakitic.

“Kedua-dua mereka merupakan pemainpema­in antara yang terbaik dalam sejarah dalam posisi mereka. Kita cuba menikmatin­ya sebanyak mungkin, untuk belajar daripada mereka.” Iniesta kerap dikelaskan di kalangan pemain hebat dalam sukan bola sepak dan sebagai pengaruh yang menentukan kejayaan Sepanyol, tetapi bakat Modric masih dikira belum didendang. Mungkin sebahagian­nya ia adalah kerana kehebatan Iniesta telah disokong o l e h p e n - c a - p a - i a n p a d a p e n t a s d u n i a – dia m e n - j aringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 – manakala Modric belum lagi mencapai ketinggian yang sama bersama Croatia. M o d r i c m e m i l i k i empat kej u a r a a n Liga JuaraJuara sela- ma enam tahun dia b e r a d a di Real Madrid, selain turut m e - menangi satu kejuar- aan La Liga dan Copa del Rey.

Namun sejak dia tampil buat pertama kalinya bersama Croatia pada Mac 2006, dalam perlawanan persahabat­an menentang Argentina, dia sudah dua kali merasai kekecewaan pada peringkat kumpulan di Piala Dunia, sebelum dan selepas kegagalan malah untuk layak pada 2010.

Di Kejohanan Eropah, Croatia jatuh pada halangan pertama selepas fasa kumpulan pada 2008 dan 2016 dan gagal untuk mara dari kumpulan mereka pada 2012. “Modric mungkin akan menarik lebih banyak perhatian berbanding sekarang jika dia seorang pemain Jerman atau Sepanyol,” kata pemain pertahanan Croatia Dejan Lovren pada minggu lepas. “Malah dua mungkin juga memen a n g i anuger a h Ballon D’Or. T e t a p i memandangk­an kami sebuah negara yang kecil, dia sememangny­a tidak menarik perhatian seperti sewajarnya.”

Modric malah tidak pernah berjaya untuk menduduki tempat tiga teratas bagi anugerah individu paling berprestij dalam sukan bola sepak tetapi, selepas dia menjaringk­an dua gol dalam tiga perlawanan pembukaan Croatia di Rusia, dia berpeluang akhirnya untuk meninggalk­an kesan ke atas kejohanan besar.

Iniesta dan Sepanyol mungkin akan men- unggu p a d a peringkat suku akhir tetapi terlebih dahulu, Croatia mesti mengatasi Denmark pada peringkat 16 terakhir pada malam ini (jam 2.00 pagi Ahad waktu Malay- sia) di Nizhny Novgorod.

Denmark berjaya mara menerusi Kumpulan C yang hambar tetapi mereka mempunyai pemain tengah ligat tersendiri Christian Eriksen yang, seperti Modric dahulu, berkembang dalam Liga Perdana Inggeris di Tottenham.

Modric bermain dengan lebih dalam untuk Real, ditugaskan untuk menggerakk­an bola dari belakang ke hadapan dengan merancang serangan dan mengubah sudut serangan.

Namun bagi Croatia, tugasannya lebih sama dengan Eriksen, pelaksana hantaran maut dalam kawasan pasukan lawan.

Ini bermakna mereka tidak mungkin akan bertarung secara langsung di Novgorod tetapi pertarunga­n Modric dan Eriksen untuk mengawal permainan mungkin ternyata penting.

“Saya tidak menganggap diri sebagai lebih teruk daripadany­a,” kata Eriksen kelmarin.

“Dia jenis pemain yang membuatkan kita seronok untuk mencabarny­a. Bagi pasukan kebangsaan, dia lebih kerap menyerang berbanding untuk Madrid.”

Modric sesungguhn­ya menikmati sokongan pemain yang lebih kuat, khususnya Rakitic, seorang pemain tengah yang menggerunk­an. Namun pertaruhan juga lebih tinggi bagi pemain berusia 32 tahun itu, yang mungkin dalam Piala Dunia terakhirny­a dan mungkin mempunyai satu peluang terakhir untuk meninggalk­an tanda di atas pentas antarabang­sa. “Memang tekanan amat tinggi tetapi saya sudah menyatakan dari mula lagi, ketika kami berkumpul untuk kejohanan ini, bahawa kami perlu menikmati ini kerana ia adalah Piala Dunia,” kata Rakitic.

“Kami perlu berjuang, menikmati kejohanan dan melakukan segalanya untuk menggembir­akan penyokong kami.” — AFP

Kedua-dua mereka merupakan pemain-pemain antara yang terbaik dalam sejarah dalam posisi mereka. Kita cuba menikmatin­ya sebanyak mungkin, untuk belajar daripada mereka. Ivan Rakitic Pemain Croatia

 ??  ?? MODRIC INIESTA
MODRIC INIESTA
 ??  ?? FELLAINI
FELLAINI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia