Utusan Borneo (Sarawak)

Fellaini tamatkan spekulasi, terus kekal di Old Traffford

-

LONDON: Marouane Fellaini menandatan­gani kontrak baharu selama dua tahun lagi bersama Manchester United (MU) kelmarin untuk menamatkan spekulasi bahawa pemain tengah Belgium itu akan menyertai Arsenal.

Kontrak Fellaini bersama MU dijadual tamat pada hujung minggu ini dan pengurus baharu Arsenal Unai Emery dilaporkan telah mengambil langkah untuk menandatan­ganinya.

Selepas pada mulanya menawarkan kontrak hanya setahun sahaja kepada Fellaini, MU melanjutka­n kontrak mereka selama semusim lagi dan ia memadai bagi meyakinkan pemain berusia 30 tahun itu untuk terus kekal di Old Trafford.

Kontrak baharu Fellaini mempunyai pilihan untuk melanjutka­n kontrak selama 12 bulan lagi selepas tempoh dua tahun tersebut tamat.

“Saya gembira untuk meneruskan perjalanan saya sebagai pemain Manchester United,” katanya dalam laman sesawang MU.

“Saya membuat keputusan ini kerana saya sangat gembira di sini. Selain itu, saya rasa pasukan ini, di bawah Jose, masih ada banyak yang kita mahu capai.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih yang khas kepada Jose (Mourinho) di atas kepercayaa­n yang dia selalu tunjukkan kepada saya.”

Fellaini, sekarang menggalas tugas di Piala Dunia bersama Belgium, menyertai MU dari Everton pada 2013, membuat 156 penampilan dan menjaringk­an 20 gol.

Dia sudah memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa selama dia bermain bersama MU.

Pemain tengah yang tinggi lampai itu amat disukai pengurus MU Jose Mourinho yang menegaskan dia memang menjangkak­an bahawa Fellaini akan kekal bersama kelab.

“Saya sangat gembira Marouane kekal bersama kami,” kata Mourinho.

“Saya selalu percaya kepada keinginann­ya untuk kekal bersama kelab dan saya gembira kerana dia sudah menandatan­gani kontrak baharu.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia