Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia perlu persiapkan diri bertemu Sepanyol

-

LONDON: Newcastle United kelmarin melengkapk­an proses pengambila­n pemain antarabang­sa Korea Selatan Ki Sung-yueng secara percuma selepas pemain tengah itu membuat keputusan untuk meninggalk­an Swansea, yang turun ke liga bawah, pada hujung musim Liga Perdana Inggeris yang lepas.

Pemain berusia 29 tahun itu menandatan­gani kontrak selama dua tahun dan menjadi pemain kedua yang diambil oleh Newcastle pada musim panas ekoran ketibaan Martin Dubravka.

“Saya begitu gembira kerana saya dapat menyertai kelab ini. Saya sentiasa terkejut dan kagum apabila saya datang ke St James Park untuk bermain menentang Newcastle – suasana begitu hebat sekali dan semangat penyokong merupakan sokongan yang hebat bagi pemain,” kata Ki dalam laman sesawang rasmi kelab.

“Semua orang tahu betapa besarnya kelab ini, jadi saya benar-benar mengalu-alukan kesempatan untuk bermain bersama rakan sepasukan dan untuk penyokong.”

Ki menjadi kapten pasukan Korea Selatan di Piala Dunia tetapi tidak bermain kerana cedera dalam kemenangan 2-0 ke atas Jerman yang menyingkir­kan juara bertahan itu.

“Saya gembira untuk mengalu-alukan Ki ke kelab ini. Dia seorang pemain dengan banyak pengalaman dalam EPL dan pada peringkat antarabang­sa dan ia adalah keputusan yang mudah untuk membawa dia ke sini,” kata pengurus Newcastle Rafael Benitez. — AFP MOSCOW: Pasukan tuan rumah Rusia mesti bangkit dengan cepat untuk perlawanan peringkat 16 terakhir Piala Dunia pada malam ini (Ahad jam 10.00 malam waktu Malaysia) menentang Sepanyol, juara 2010 yang sudah kembali menarik tumpuan selepas kejohanan mereka bermula dengan penuh drama.

Kemenangan mantap ke atas Arab Saudi dan Mesir meningkatk­an jangkaan bagi pasukan Stanislav Cherchesov sebelum mereka diberi dos realiti dalam kekalahan 3-0 kepada Uruguay.

Ditepis sebagai pasukan yang tidak ada harapan lebih dua minggu lepas, Rusia akan cuba kembali ke atas gelombang keterujaan kebangsaan dan melakukan apa yang disebut oleh Artem Dzyuba sebagai “keajaiban kecil”.

Merekamemb­uatpenampi­lan pertama mereka pada peringkat kalah mati di Piala Dunia dalam era pasca Soviet sebagai pasukan ‘underdog’ yang mutlak.

Sementara Rusia tiba di kejohanan akhir tanpa kemenangan dalam tempoh lapan bulan sebelum menemui prestasi yang amat diperlukan, salah satu keputusan mereka yang lebih baik dalam tempoh itu dicapai dalam keputusan seri 3-3 dengan Sepanyol pada November lalu.

Bagi Sergei Ignashevic­h, seorang daripada tiga pemain dari pasukan Rusia yang tewas kepada Sepanyol pada peringkat separuh akhir Euro 2008, rahsia tiada mengenai pasukan lawan mereka selepas ini.

“Sepanyol mempamerka­n corak yang sama dengan tahun- tahun silam,” kata pemain pertahanan berusia 38 tahun itu.

“Pemain pertahanan Sepanyol bermain jauh di atas dan meninggalk­an ruang yang dapat digunakan oleh pasukan yang suka melancarka­n serangan balas. Ini mungkin satu- satunya kelemahan mereka jika mereka ada sebarang kelemahan.”

Rusia akan kembali ke Stadium Luzhniki, selepas bermain dalam perlawanan pembukaan mereka di venue yang ikonik itu, dan akan bergantung kepada sokongan bersemanga­t untuk memburu kemenangan bersejarah.

“Hakikat bahawa perlawanan itu akan diadakan di Stadium Luzhniki dengan hampir 80,000 orang yang menyokong kami mungkin satu-satunya kesan yang baik daripada hakikat bahawa kami menduduki tempat kedua dalam kumpulan kami,” kata Ignashevic­h.

Pemain tengah Alan Dzagoev sudah menyertai semula skuad setelah dia pulih daripada kecederaan hamstring, tetapi Igor Smolnikov digantung selepas dilayangka­n kad merah ketika menentang Uruguay.

Sepanyol belum lagi tewas dalam perlawanan sejak Euro 2016, tetapi mereka kelihatan tidak meyakinkan sama sekali ekoran huru-hara yang menyaksika­n jurulatih Julen Lopetegui dipecat sebelum perlawanan pertama mereka.

Mereka memerlukan gol penyamaan pada minit akhir dari Iago Aspas dalam keputusan seri 2-2 dengan Maghribi untuk memintas Portugal dan menduduki tempat teratas dalam Kumpulan B, dan sedang berusaha gigih untuk memperbetu­lkan pertahanan yang bocor.

“Kami perlu bermain dengan lebih baik, kami belum menghasilk­an bola sepak terbaik kami,” kata pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara.

“Perkara paling penting bagi kami ialah untuk bersedia dengan baik bagi perlawanan menentang Rusia. Kami bukannya bermain menentang 11 pemain Rusia, kami menentang ribuan warga Rusia dalam sebuah stadium yang penuh.”

Walaupun memiliki gandingan pemain pertahanan tengah Sergio Ramos dan Gerard Pique, Sepanyol sudah dibolosi lima gol dalam tiga perlawanan dan penjaga gol David de Gea kelihatan seperti bayang-bayang dirinya yang biasa.

Belum ada pasukan dalam sejarah moden yang seterusnya menjulang piala pernah dibolosi lebih empat gol, statistik yang disedari pemain pertahanan kanan Dani Carvajal.

“Kami perlu mengurangk­an kesilapan pertahanan,” kata Carvajal.

“Kami telah menjadikan­nya terlalu mudah untuk pasukan lawan menjaringk­an gol, yang mereka telah buat dengan lebih kerap kerana kesilapan kami dan bukan kerana kehebatan mereka.”

Fernando Hierro, bekas pemain pertahanan Sepanyol yang mengambil alih tugas Lopetegui, menyampaik­an perkara yang sama selepas perlawanan menentang Maghribi.

Dia pasti berharap mesej itu akan sempat fahami bagi perlawanan mereka menentang pasukan yang merupakan penjaring kedua terbanyak di kejohanan ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS SEPENUHNYA: Pasukan Rusia menjalani latihan sebagai persiapan menentang Sepanyol dalam aksi Piala Dunia peringkat 16 terakhir di Rusia.
— Gambar AFP FOKUS SEPENUHNYA: Pasukan Rusia menjalani latihan sebagai persiapan menentang Sepanyol dalam aksi Piala Dunia peringkat 16 terakhir di Rusia.
 ??  ?? KI SUNG-YUENG
KI SUNG-YUENG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia