Utusan Borneo (Sarawak)

Mukah venue Pertanding­an Tarian Wushu, Naga dan Singa edisi ke-4

-

SIBU: Lebih 200 peserta berkumpul di Mukah dari 29 Jun hingga 1 Julai depan menyertai Pertanding­an Tarian Wushu, Naga dan Singa Sekolah Antara Sekolah Menengah edisi ke- 4 seluruh negeri.

Jurulatih Persatuan Seni Mempertaha­nkan Diri ( Quanshu) Sibu ( SMAA), Gilbert Wong berkata ini adalah kali pertama pertanding­an seumpama itu diadakan di Mukah.

Katanya, Sibu menghantar 14 pasukan terdiri 50 peserta mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Lain- lain pasukan mengambil bahagian termasuk Sarikei, Betong, Miri, Kuching, Bintulu dan tuan rumah, Mukah.

Wong berkata, sekolahsek­olah dari Sibu mengambil bahagian terdiri SMK Sacred Heart, SMK Methodist, SM Wong Nai Siong, SMK Tung Hua dan SM Guang Ming.

“Sibu mempunyai ramai peserta berpengala­man dalam tarian singa, justeru kami mengharapk­an dapat meraih beberapa kemenangan pada pertanding­an ini,” katanya.

Bagaimanap­un, untuk kategori tarian naga, Wong mengakui Sibu agak lemah berbanding pasukan sekolah lain kerana peserta di sini tidak mempunyai kepakaran dan pendedahan.

“Bagi kategori tarian naga kami hanya menganggap sebagai pendedahan dan jika mereka boleh memenangi sesuatu untuk Sibu ia adalah bonus,” kata beliau.

Dalam perkembang­an sama, SMAA juga menghantar pasukan sendiri mengambil bahagian pada kejohanan ini.

SMAA memainkan peranan penting penganjura­n pertanding­an seumpana itu sejak kebelakang­an ini termasuk melibatkan penyertaan pihak sekolah.

 ??  ?? GILBERT
GILBERT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia