Utusan Borneo (Sarawak)

Ibra, Villa tonggak MLS pada ‘MLS All-Star Game’ 1 Ogos ini

-

NEW YORK: Penyerang Sweden Zlatan Ibrahimovi­c dan penyerang Sepanyol David Villa akan mengetuai pasukan All Stars Liga Bola Sepak Utama (MLS) untuk perlawanan menentang kelab gergasi Itali Juventus dalam perlawanan ‘MLS All-Star Game’, liga itu mengumumka­n kelmarin.

Skuad pilihan dari liga Amerika Utara untuk perlawanan pada 1 Ogos di Atlanta dianggotai pemain dari 16 buah negara, termasuk lima dari Piala Dunia pada tahun ini.

Barisan pemain MLS, dengan 14 pemain yang dipilih oleh jurulatih All-Star, Gerardo Martino dari kelab Atlanta United, termasuk bekas bintang Juventus, Sebastian Giovinco, yang mengetuai Toronto FC untuk memenangi kejuaraan MLS pada tahun lepas.

Juventus bermain selepas memenangi kejuaraan Serie A ketujuh berturut-turut.

Pemain Mexico, Jonathan dos Santos, dari kelab Los Angeles Galaxy, yang membantu negaranya mara dari peringkat kumpulan di Piala Dunia, dan pemain Peru, Yoshimar Yotun, dari kelab Orlando City, yang membantu mencipta gol pertama pasukannya di Piala Dunia dalam tempoh 40 tahun di Rusia, adalah antara pemain-pemain tengah MLS.

Penyerang England, Bradley Wright-Phillips, dari kelab New York Red Bulls adalah antara dua pilihan All-Star yang dibuat oleh pesuruhjay­a MLS, Don Garber.

Dua penjaga gol Amerika Syarikat turut terpilih, iaitu Brad Guzan dari Atlanta dan Zack Steffan dari Columbus. — AFP

 ??  ?? IBRAHIMOVI­C
IBRAHIMOVI­C
 ??  ?? KEJUTAN: (Dari kiri) Abner, Fang dan Eugene bersama trofi yang dimenangi.
KEJUTAN: (Dari kiri) Abner, Fang dan Eugene bersama trofi yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia