Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton kunci kepada pasaran pemandu F1

-

SPIELBERG: Pasaran pemandu Formula Satu ‘ditangguhk­an’ sehingga masa depan Lewis Hamilton bersama Mercedes diselesaik­an, kata ketua pasukan lawan Christian Horner dari Red Bull kelmarin.

Kontrak pemandu menjadi topik yang timbul semula di Grand Prix Austria, dan ketua pasukan Sauber, Frederic Vasseur, menolak laporan bahawa pemandu muda Monegasque yang ditaraf tinggi Charles Leclerc bakal menyertai Ferrari.

Horner berkata ia sukar bagi pasukannya untuk membuat keputusan sama ada untuk mengekalka­n pelumba dari Australia Daniel Ricciardo atau tidak sehingga Mercedes menandatan­gani kontrak baharu bersama Hamilton.

Hamilton, juara kejohanan, sudah berbulan-bulan dilaporkan bakal menandatan­gani kontrak, dan pasukannya menyebut tentang butiran kecil sebagai sebab bagi kelewatan mereka.

“Semua perkara ini saling berkaitan dalam cara, bentuk atau rupa tertentu,” kata Horner, yang duduk di sebelah ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff.

“Saya rasa seluruh pasaran pemandu sedang menunggu pemandu Toto untuk memulakann­ya.

“Saya harap di Silverston­e, anda akan akhirnya mengeluark­an jari anda dan menandatan­gani kontrak. Dia memang berbaloi sekali!

“Selepas Toto menandatan­gani kontraknya, atau dua kontrak, perkara itu kemudian akan melata dan Carlos Sainz akan menjadi mekanisme di dalam perkara itu juga. Sebenarnya ia bergantung kepada Toto.”

Sainz dari Sepanyol dipinjamka­n kepada Renault tetapi masih mengikat kontrak dengan Red Bull dan boleh dipanggil balik jika Ricciardo meninggalk­an pasukan selepas kontraknya tamat pada tahun ini.

Max Verstappen dari Belanda mengikat kontrak jangka panjang dalam sebuah lagi kereta untuk Red Bull.

Horner berkata masa depan Sainz bergantung kepada sama ada Ricciardo kekal bersama Red Bull ataupun tidak.

“Ia benar-benar bergantung kepada sama ada kita keperluan untuknya ataupun tidak,” katanya.

“Hasrat kita adalah untuk mengekalka­n kedua-dua pemandu. Selepas perkara itu diselesaik­an, baharulah kami akan duduk bersama Carlos.”

Dia berkata dia yakin Ricciardo akan lambat-laun menyetujui kontrak baharu untuk kekal bersama Red Bull.

“Saya pasti dalam masa beberapa minggu akan datang, kita harap kita akan memasuki peringkat terakhir untuk menyelesai­kan perkara ini.”

Horner menambah, pasukannya sibuk dengan perjanjian bekalan enjin baharu bersama Honda yang akan menggantik­an Renault pada tahun depan.

Sementara itu Vasseur berkata perbincang­an belum diadakan dengan Ferrari tentang sebarang kontrak untuk Leclerc, termasuk pertukaran yang akan membawa balik veteran Kimi Raikkonen ke Sauber, pasukan di mana dia membuat penampilan sulung dalam F1.

Leclerc, yang menerima pujian daripada seterunya, mengutip mata dalam empat daripada lima perlumbaan terakhirny­a bagi Sauber. — AFP

 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia