Utusan Borneo (Sarawak)

40 pelajar menyertai kem bakat hoki

-

KUCHING: Seramai 40 pelajar dari enam sekolah terpilih dari Serian, Sibu, Sarikei menyertai kem bakat hoki Siri 1 diadakan dari 23 hingga 28 Jun lalu di Stadium Hoki Sarawak, Jalan Padungan di sini.

Program tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dengan kerjasama Persatuan Hoki Sarawak (HAS) bertujuan memberi peluang kepada pelajarpel­ajar menyesuaik­an diri dengan padang tiruan dan latihan moden.

Selain latihan hoki, peserta juga didedahkan dengan latihan kecergasan oleh jurulatih suaian fizikal dan kekuatan, Andre Richards.

Turut membantu Ketua Jurulatih C Sivasubram­aniam, jurulatih skuad wanita Sri Sakrunatha­n @ Murthi, Sunil Roy dan Dangerous Lee Matthew.

Menurut Sivasubram­aniam, kebanyakan peserta berusia 11 hingga 15 tahun dipilih selepas beliau melihat potensi mereka semasa latihan di Sarikei.

“Mereka tidak berada dalam skuad pembanguna­n negeri atau menyertai pertanding­an antara bahagian namun saya melihat pemain-pemain ini mempunyai kemahiran dan teknik yang baik.

“Justeru, saya membawa mereka ke Kuching dengan kerjasama sekolah dan guruguru mereka.

“Saya mahu membentuk kumpulan pemain yang besar untuk skuad SUKMA akan datang dan percaya kelompok pemain- pemain ini berpotensi untuk mara lebih jauh.

“Memandangk­an saya lebih banyak memberi tumpuan kepada pembanguna­n, saya mahu pemain-pemain ini dapat menyesuaik­an diri dengan padang tiruan,” katanya.

Menurutnya, semasa mengadakan klinik kejurulati­han di Sarikei, beliau mendapati pelajar-pelajar di sana sangat aktif bermain hoki walaupun hanya menggunaka­n padang simen dan ruang kecil.

Malah, sekolah- sekolah seperti SMK Meradong, Sungai Paoh, Sibu Jaya, SK St Jude, SMK Mapuh dan SK Abang Kadir Gedong juga semakin aktif dengan hoki.

“Terima kasih kepada PSS dan CEO, Dr Ong Kong Swee atas galakan terhadap pembanguna­n dan sokongan kepada jurulatih HAS.

“Pengenalan pemain-pemain ini dengan latihan dan fasiliti lebih baik akan membawa mereka ke tahap lebih tinggi,” ujarnya.

Katanya, Andre telah mendedahka­n pengetahua­n baharu terhadap pemainpema­in muda mengenai cara-cara memanaskan badan dan latihan ketangkasa­n dengan senaman aerobik dan anaerobic.

Jelasnya, beberapa pemain akan dipanggil untuk diserapkan dalam skuad SUKMA selepas fasa pertama latihan berakhir.

 ??  ?? PANAS BADAN: Andre memantau peserta-peserta kem bakat hoki memanaskan badan.
PANAS BADAN: Andre memantau peserta-peserta kem bakat hoki memanaskan badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia