Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang kedua dalam telemovie di TV2 lakonan Remy Ishak dan Uqasha Senrose

-

PASANGAN Zaman dan Marissa telah pun berpisah dan membawa haluan masing-masing. Mereka bertemu semula di luar negara dan menyedari kesilapan masa lalu mereka selama di sana.

Setelah kembali ke tanah air, mereka mula keliru dan mengenang antara satu sama lain walaupun masing-masing sudah bertunang. Mereka berpisah dengan tunang masing-masing dan merebut peluang kedua yang ada untuk mereka bersatu semula.

Tidak semua orang diberikan kesempatan menikmati peluang kali kedua. Apatah lagi bila ianya melibatkan hati dan perasaan. Kesempatan yang ada seharusnya digunakan sebaiknya dalam melayari kehidupan seharian yang bersandark­an kepada takdir Allah.

Mengangkat kisah cinta yang muncul kembali kepada pasangan suami isteri yang telah pun berpisah selepas mereka bertemu semula, plot menarik ini melatari telemovie bertajuk ‘Andai Kucinta Lagi’ mengisi slot Citra di TV2 pada 6 Julai ini, jam 9.30 malam.

Dibintangi pelakon terkenal Remy Ishak, Uqasha Senrose, Gambit Saifullah, Sasqia Dahuri dan Ahmad Fauzi, telemovie ini berlegar sekitar kisah bekas pasangan suami isteri, Zaman dan Marissa yang telah lama berpisah namun bertemu semula tanpa sengaja di Casablanca, Maghribi atas urusan kerja.

Pertemuan singkat itu telah menyedarka­n mereka tentang kesilapan masa lalu sehingga menyebabka­n mereka bercerai. Mereka berdua telah pun bertunang dengan pasangan masingmasi­ng dan keluarga Marissa sebenarnya sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwina­n Marissa dengan tunangnya, Zul.

Zaman pula sudah bertunang dengan Melena yang begitu mempercaya­i Zaman kerana kejujurann­ya.

Marissa yang merasa keliru dengan apa yang dilaluinya telah mengundang kemarahan Zul yang merasakan dirinya sebagai bayangbaya­ng Zaman. Zaman yang asyik mengelamun selepas kembali dari Casablanca telah berteruste­rang dengan Melena bahawa dia tidak mahu Melena berkahwin dengan jasadnya sahaja.

Dato’ Halim, ayah Marissa pula menemui Zaman dan memberitah­unya bahawa Marissa tidak jadi berkahwin dengan Zul bukannya sebab Zul cemburu tetapi kerana Marissa masih cintakan Zaman.

Adakah Zaman dan Marissa bersetuju untuk memberi peluang yang kedua kepada satu sama lain tanpa mengulangi lagi kesilapan yang silam? Ikuti kesudahan drama arahan Feroz Abdul Kader ini di TV2. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia