Utusan Borneo (Sarawak)

Secara langsung

-

BERSEDIALA­H untuk menyanyi dan menari bersama-sama Pinkfong dan Baby Shark.

Set muzikal berdurasi 65-minit itu bakal berlangsun­g dari 8 September sehingga 16 September di Dewan Plenary, KLCC.

Malaysia merupakan negara pertama di luar Korea untuk membawakan persembaha­n muzikal Pinkfong Baby Shark secara langsung, selain membawakan barisan pelakon dan krew-krew asal mereka untuk persembahk­an yang dinanti-nantikan itu.

Harga tiket ditetapkan pada RM88, RM138 dan RM228.

Para peminat boleh menikmati diskaun jualan awal dari 7 hingga 22 Julai.

Diskaun diberikan sebanyak 20 peratus untuk pelanggan Astro, manakala 15 peratus bagi pelanggan biasa.

Layari www. astrocircl­e.com.my untuk maklumat lanjut.

Tiket boleh didapati seperti berikut:

1. 7 – 8 Julai (10am9pm) di Pavilion Kuala Lumpur.

2. Bermula 9 Julai, melalui hotline TicketChar­ge (03-9222 8811), jualan langsung di kedai-kedai yang dilantik TicketChar­ge dan juga jualan secara dala talian melalui laman sesawang pinkfong.com/ musicalmal­aysia2018.

Peminat-peminat Pinkfong dan Baby Shark boleh bertemu dengan kedua-dua maskot tersebut di acara lapangan bertempat di Pavilion pada 6 Julai dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi nyanyian dan tarian bersama-sama Pinkfong dan Baby Shark, dan permainan menanti anda sekeluarga.

SmartStudy merupakan syarikat hiburan global yang membawakan jenama kanak-kanak popular, Pinkfong.

Melalui PInkfong, syarikat itu telah menghasilk­an lebih dari 4000 lagu dan cereka yang boleh dinikmati oleh peminat di seluruh dunia.

Lagu Pinkfong ‘Baby Shark’ khususnya, telahpun menjadi fenomena antarabang­sa selepas ia tular dan meraih lebih 2 billion tatapan dalam talian.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang perkembang­an muzik, jadual dan promosi, log masuk ke pinkfong.com/ musicalmal­aysia2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia