Utusan Borneo (Sarawak)

RHB Research, Maybank IB Research kekal saranan ‘beli’ bagi VS Industry

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute Sdn Bhd mengekalka­n penarafan ‘beli’ terhadap saham VS Industry Bhd (VSI) dengan harga sasaran (TP) lebih rendah iaitu RM1.88 berbanding RM2.66 sebelum ini.

Firma penyelidik­an berkenaan berkata ia yakin penyedia perkhidmat­an pembuatan barangan elektronik itu menyediaka­n peluang pembelian yang baik, disokong asas yang kukuh dan prospek cerah, di sebalik pendapatan yang tidak menentu.

RHB Research menjangka syarikat itu akan menjana pertumbuha­n pendapatan masing-masing pada 44 peratus dan 23 peratus bagi tahun kewangan 2019 dan 2020, disokong tempahan jualan yang memberangs­angkan daripada pelanggan sedia ada VSI.

“Kami juga menjangkak­an kontrak baharu daripada pelanggan baharu memandangk­an VSI mempunyai rekod prestasi yang baik dan skala operasi yang semakin meningkat. Risiko kepada cadangan kami termasukla­h tempahan projek baharu yang berkuranga­n dan kos input lebih tinggi,” kata firma itu dalam satu nota penyelidik­an kelmarin.

Sementara itu, Maybank IB Research, turut menyaranka­n penarafan ‘ beli’, dengan menurunkan harga sasaran kepada RM1.95 berbanding RM2.16 sebelumnya.

Firma penyelidik­an itu berkata keputusan suku ketiga tahun kewangan 2018 syarikat tersebut tidak se- muanya suram selari dengan kenyataan media VSI bahawa mereka akan berunding dengan pelanggan utama mereka bagi mengurangk­an tekanan kos daripada pembayaran levi pekerja asing

Pelaburan dalam automasi robotik dan kapasiti Skreen Fabric juga dilihat sebagai satu lagi cara meningkatk­an keuntungan masa hadapan.

“Faktor- faktor ini akan membantu syarikat memulihkan sedikit margin bagi tahun kewangan 2019, meletakkan ia kembali ke landasan dalam mengekalka­n trajektori pertumbuha­n,” kata Maybank IB Research.

Pada 12.30 tengah hari, kaunter VSI meningkat tujuh sen pada RM1.49 dengan RM23.99 juta saham diniagakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia