Utusan Borneo (Sarawak)

Penguranga­n akan berlaku beransur-ansur pada 25%: Ram Ratings

-

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd ( TM) mampu menanggung impak kredit yang bakal timbul selepas harga jalur lebar dikurangka­n, kata RAM Ratings.

Agensi penarafan itu berkata penilaian awalnya menjangkak­an penguranga­n tersebut akan berlaku secara beransur- ansur pada 25 peratus dalam kadar langganan jalur lebar bagi tempoh dua tahun akan datang, dengan mengambil kira pertumbuha­n pelang- gan yang tidak berubah dan hutang yang susut, untuk perbelanja­an modal dan dividen.

“Tahap penggearan TM dijangka memuncak 1.5 kali manakala dana dari operasi penyelesai­an hutang mungkin berkuranga­n kepada purata 0.31 kali dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Memandangk­an metrik kredit TM dijangka akan berada dalam ambang penarafan yang diberi, kami tidak menjangkak­an sebarang kesan serta- merta kepada penarafan AAA/ stabil/ P1 yang diberikan kepada program sukuk kumpulan itu.

“Penilaian kami juga mengambil kira peranan strategik dan hubungan kukuh TM dengan pihak kerajaan, yang pada pandangan kami, memberi kelebihan kepada kumpulan tersebut khususnya dalam menerima sokongan luar biasa daripada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Minggu lepas, kerajaan mengumumka­n bahawa kadar langganan jalur lebar akan dikurangka­n sebanyak 25 peratus menjelang hujung tahun ini berikutan pelaksanaa­n standard mandatori harga capaian ( MSAP) mulai 8 Jun lepas.

Pelaksanaa­n itu juga akan menurunkan harga borong bagi akses jalur lebar berkelajua­n tinggi di kalangan syarikat- syarikat telekomuni­kasi lain yang akan membolehka­n mereka memberi diskaun harga bagi pakej-pakej jalur lebar sedia ada. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia