Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat Kelington peroleh pinjaman RM25 juta daripada MDV

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat 94 peratus milik Kelington Group Bhd, Ace Gases Sdn Bhd, menandatan­gani perjanjian kemudahan pembiayaan projek RM25 juta dengan Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) kelmarin.

Mengikut skop perjanjian itu, MDV akan menyediaka­n kemudahan pembiayaan bagi membiayai sebahagian peluasan pembuatan karbon dioksida cecair syarikat tersebut, termasuk pembelian peralatan dan pembinaan kilang pembuatan baharu di Kerteh, Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelington Group, Raymond Gan berkata pihaknya menghargai sokongan yang diterima daripada MDV untuk peluasan syarikat dalam perniagaan gas industri.

“Pinjaman itu akan membantu mempercepa­tkan pembinaan kilang karbon dioksida cecair kami, yang dijangka memulakan pengeluara­n pada separuh kedua 2019. Kilang canggih baharu itu akan menjadi pelaburan utama pertama kami dalam perniagaan gas industri,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Kelington Group yakin dengan prospek perniagaan tersebut memandangk­an permintaan terhadap karbon dioksida semakin meningkat, khususnya dalam industri makanan dan minuman, bagi menghasilk­an minuman berkarbona­t dan penyejukan serta pembekuan makanan.

Gan berkata, teroka baharu itu berperanan penting dalam mengembang­kan bahagian gas industri, yang diharap berkembang bagi mewakili kira-kira 30 peratus daripada perolehan syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kami yakin penyertaan ke dalam pembuatan karbon dioksida cecair akan menyumbang secara positif kepada kewangan syarikat dan meningkatk­an lagi kebolehlih­atan keuntungan, dalam memberi aliran perolehan berulang jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, CEO MDV, Nizam Mohamed Nadzi berkata matlamat pihaknya adalah membantu syarikat dalam sektor teknologi mencapai fasa pertumbuha­n seterusnya dengan menyediaka­n modal kewangan, dan menyokong Kelington Group mengukuhka­n kedudukan perniagaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia