Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang untuk berehat, luangkan masa bersama keluarga: Abdul Wahid

-

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkuat kuasa 30 Jun ini, berkata beliau akan memanfaatk­an tempoh selepas ini untuk berehat sebentar selain meluangkan masa bersama keluarga setelah berkhidmat untuk negara selama 17 tahun.

“Setelah 17 tahun ‘berkhidmat untuk negara’ dengan syarikat- syarikat berkaitan kerajaan iaitu bermula dengan Kumpulan UEM-Renong (2001-2004), Telekom Malaysia ( 20042008), Maybank ( 20082013), Kerajaan Malaysia (2013-2016) dan PNB (20162018), saya akan mengambil peluang ini untuk berehat sebentar dan meluangkan masa bersama keluarga,” kata beliau menerusi mesej aplikasi WhatsApp, di sini, kelmarin.

Beliau juga bersara dari Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).

Terdahulu, PNB menerusi satu kenyataan media men- gumumkan persaraan Abdul Wahid dan juga pelantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai Pengerusi Kumpulan PNB yang baharu mulai 1 Julai, 2018.

Mengulas kenyataan itu, Abdul Wahid berkata ini bagi membolehka­n suatu peralihan kepimpinan Lembaga Pengarah PNB dengan lancar dan teratur untuk memastikan urusan pelaburan dan operasi Kumpulan PNB tidak terjejas.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Zeti di atas pelantikan sebagai Pengerusi PNB yang ke-4 sejak penubuhan PNB pada 1978.

Beliau turut menyifatka­n proses itu sebagai satu kesinambun­gan tradisi kepimpinan PNB daripada kalangan mereka yang ternama dan mempunyai reputasi integriti serta berkeboleh­an tinggi iaitu bermula daripada Allahyarha­m Tun Ismail Ali dan kemudianny­a Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

“Sebagai Pengerusi ketiga, saya berbesar hati menyerahka­n tugas kepada Tan Sri Zeti dalam kedudukan kewangan PNB yang terus kukuh dan reputasi kekal sebagai sebuah institusi nasional yang berintegri­ti.

“Saya percaya Tan Sri Zeti dan ahli-ahli Lembaga Pengarah serta Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan barisan pengurusan Kumpulan PNB akan terus dapat menerajui Kumpulan PNB mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Abdul Wahid turut merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan seluruh warga Kumpulan PNB atas segala sokongan dan bantuan yang telah diberikan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmat­an beliau.

Ucapan terima kasih itu turut beliau rakamkan kepada barisan Pengerusi, ahli-ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, barisan pengurusan dan seluruh warga syarikat-syarikat strategik dan teras PNB atas sokongan terhadapny­a dan PNB selama ini.

“Terima kasih juga kepada rakan- rakan semua yang banyak menyokong dan membantu saya selama ini. Saya memohon maaf sekiranya saya ada membuat salah atau terkasar bahasa semasa menjalanka­n tugas.

“Selamat maju jaya kepada Kumpulan PNB. Saya percaya di bawah kepimpinan Tan Sri Zeti sebagai Pengerusi dan Datuk Abdul Rahman sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan, PNB akan terus berjaya sehingga mencapai aspirasiny­a untuk menjadi sebuah Firma Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia