Utusan Borneo (Sarawak)

Kunjungi CMS sempena Ekspo Hartanah SHEDA CMS tampilkan tiga projek utama yang sedang dibangunka­n di kawasan Isthmus, Stutong dan Bandar Baru Samariang

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Jangan lepaskan peluang untuk melawat CMS Property Developmen­t Sdn Bhd (CMS) di ruangan S3, Ekspo Hartanah SHEDA bermula 6 sehingga 8 Julai di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Menurut Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran CMS, Gary Kho berkata pihaknya akan menampilka­n tiga projek utama yang sedang dibangunka­n pihaknya di dalam kawasan Isthmus, Stutong dan Bandar Baru Samariang.

“Projek Rivervale Condominiu­m di Stutong merupakan dua bangunan dengan 14 tingkat unit kondo yang bakal siap September ini yang dijual bermula pada harga RM418,888.

“Terdapat enam jenis rumah unit kondo yang terletak di dalam lokasi strategik untuk pemilik kediaman pertama atau dalam proses menaik taraf,” katanya di sini semalam.

Projek lain pihaknya termasuk unit komersil tiga tingkat dengan ‘strata title’ berdekatan dengan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Kawasan Isthmus merupakan lokasi yang bakal dibangunka­n dengan banyak susunan projek daripada pihak CMS.

Jika dilihat di dalam lingkungan­nya terdapat bangunan BCCK, Sarawak Energy Berhad (SEB),Kampus dan Hotel UCSI, Wisma Pelita dan SEDC.

Pusat komersil Raintree Square fasa pertama daripada 54 unit turut dibuka untuk jualan dan tempahan bermula pada harga RM910,000 seunit.

Tidak dilupakan Per- bandaran Baru, Projek Bandar Samariang yang melibatkan bangunan komersil Samariang Ria yang berdekatan dengan kemudahan awam sekolah dan kediaman Alam Impian, Alam Oasis yang juga merupakan projek di bawah CMS.

Bahkan lebih menarik, kesemua unit-unit rumah ke- diaman dan juga rumah kedai ini dibina di dalam lingkungan kawasan yang berdekatan dengan sebuah bandar satelit yang dibangunka­n oleh Sentoria yang juga dikenali sebagai pemilik Borneo Samariang Water Park.

Kediaman mampu milik rumah teres dua tingkat di Alam Impian, dijual bermula pada harga RM348,888.

Bagi penjawat awam turut disediakan bantuan kewangan dengan pakar dalam urusan tersebut di Ekspo SHEDA 2018 itu nanti.

Pihak CMS juga dekat di hati pembeli kerana sering menjalanka­n aktiviti Tanggungja­wab Sosial Korporat ( CSR) bagi pembeli har- tanah yang dibangunka­n pihaknya.

“Baru-baru ini di Bandar Baru Samariang telah diadakan ‘Real Bola’ iaitu aktiviti CSR yang pihak kami jalankan bersempena dengan musim bola musim FIFA ini.

“Apa yang kami telah jalankan adalah mengadakan aktiviti menonton bola ber- sama dengan residen kediaman dan mencuba lebih banyak aktiviti selepas ini bagi merapatkan jalinan silaturahi­m di antara pemaju dengan penduduk yang membeli kediaman di sini.

“Tahun lepas juga bersempena dengan ulang tahun ke30 telah kita anjurkan konsert, sukan dan aktiviti menarik

“Pihak kami bukan sekadar menjual rumah kepada pembeli tetapi juga memberi anda keseluruha­n komuniti,” tambah Gary kemudian.

CMS sentiasa mahu membina hubungan yang baik dengan pembeli untuk bertahan di dalam industri hartanah bagi jangka masa yang panjang.

 ??  ??
 ??  ?? BUKA UNTUK TEMPAHAN: The Isthmus - Pusat Komerisl Raintree Square.
BUKA UNTUK TEMPAHAN: The Isthmus - Pusat Komerisl Raintree Square.
 ??  ?? LOKASI STRATEGIK: Pelan utama projek Bandar Samariang.
LOKASI STRATEGIK: Pelan utama projek Bandar Samariang.
 ??  ?? MENAWAN: Hiasan dalaman Rivervale Condominiu­m.
MENAWAN: Hiasan dalaman Rivervale Condominiu­m.
 ??  ?? IDAMAN KALBU: Rivervale Condominiu­m di Stutong.
IDAMAN KALBU: Rivervale Condominiu­m di Stutong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia