Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP benarkan caruman sukarela secara fleksibel mulai 1 Julai ini

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) akan memansuhka­n had minimum RM50 bagi bayaran caruman sukarela oleh anggota berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ini akan membolehka­n mereka memberi sumbangan dalam mana- mana amaun, pada bila- bila masa, kata tabungan pencen terbesar negara dalam satu kenyataan.

“Sedikit simpanan yang diketepika­n pada hari ini bakal memastikan kesejahter­aan persaraan anggota kami pada masa hadapan.

“Oleh itu, kami mahu memastikan anggota- anggota kami dapat menyumbang dalam mana- mana amaun, pada bila- bila masa, dalam lingkungan kemampuan kewangan mereka melalui kelonggara­n yang diperkenal­kan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish.

Amaun maksimum terkumpul yang boleh disumbangk­an ke dalam setiap akaun, bagaimanap­un, masih dihadkan kira- kira RM60,000 setahun.

Anggota KWSP boleh menyumbang secara sukarela untuk akaun mereka sama ada melalui Skim Persaraan 1Malaysia, Skim Caruman Pilihan Sendiri atau Caruman Penambahan Simpanan.

Mohd Naim berkata, opsyen untuk mencarum secara sukarela adalah selaras dengan agenda persaraan yang inklusif kerana ia adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja sendiri.

“Bukan warganegar­a Malaysia dengan permit kerja yang sah juga boleh menyumbang secara sukarela dengan mendaftar sebagai anggota,” katanya.

Menurut KWSP, sebagai tambahan kepada pemansuhan sumbangan minimum RM50, anggota- anggota dapat menyumbang ke dalam Akaun 1 yang dimiliki oleh anak- anak mereka yang menjadi anggota KWSP melalui Caruman Penambah Simpanan.

Sebelum ini, skim tersebut hanya membenarka­n anggota KWSP menyumbang kepada akaun 1 milik ibu bapa atau pasangan mereka.

Untuk maklumat lanjut, anggota boleh menghubung­i Pusat Pengurusan Perhubunga­n KWSP pada talian 03- 89226000 atau rujuk laman web KWSP di www. kwsp. gov. my atau lawati mana- mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia