Utusan Borneo (Sarawak)

Zeti dilantik pengerusi baharu kumpulan PNB

-

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu juga ialah ahli Majlis Penasihat Kerajaan.

Beliau menggantik­an Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara sebagai Pengerusi Kumpulan PNB dan Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), berkuat kuasa 30 Jun.

PNB dalam satu kenyataan kelmarin berkata lembaga pengarah YPB dan PNB menyambut baik pelantikan Zeti, dan yakin berdasarka­n pengalaman­nya yang luas, beliau akan dapat memberikan kepimpinan yang kukuh kepada kumpulan PNB, dalam mencapai mandat penubuhann­ya bagi memperkasa kekayaan korporat untuk manfaat rakyat Malaysia.

Ia juga berkata lembaga pengarah mengucapka­n terima kasih kepada Abdul Wahid atas sumbangan bernilai dan perkhidmat­an penuh dedikasi sebagai Pengerusi Kumpulan sejak dilantik pada Ogos 2016.

Selain Abdul Wahid, PNB berkata Datuk Dr Awang Adek Hussin juga akan ber- sara sebagai Pengarah PNB dan Pengeusi PNB Research Institute Sdn Bhd, berkuat kuasa 30 Jun.

Sementara itu, Menteri Kewangan DiPerbadan­kan (MOF Inc) mengumumka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil alih jawatan Pengerusi YPB berkuat kuasa 28 Jun.

Berikutan pelantikan itu, keanggotaa­n Lembaga YPB distruktur­kan semula untuk merangkumi Menteri Hal Ehwwl Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dilantik juga sebagai Pengerusi Alternatif YPB), bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang dan Zeti. — Bernama KUALA LUMPUR: Domino’s Pizza Malaysia akan mengekalka­n harga produknya selepas pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada 1 Sept.

Pengurus Besar Kanan Operasi Malaysia dan Singapura Shamsul Amree berkata syarikat itu berusaha mengekalka­n kos operasi yang rendah.

“Domino’s mahu memberikan nilai kepada pelanggann­ya, dan kami tidak akan menaikkan harga atau melepaskan kos tambahan kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n produk pencuci mulut baharu rangkaian itu, Kek Lava Blueberry Cheesecake, di sini kelmarin.

Shamsul berkata syarikat itu akan mematuhi SST walaupun mekanisme pelaksanaa­nnya belum diumumkan kerajaan.

Pengurus Besar Pemasaran Linda Hassan berkata syarikat itu tidak menaikkan harga apabila Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) diperkenal­kan pada 2015.

“Sebaliknya, kami menyerap cukai enam peratus. Dengan GST yang berkadar sifar, kami menurunkan harga untuk pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Shamsul berkata syarikat itu telah membelanja­kan lebih RM20 juta daripada perbelanja­an modalnya tahun ini untuk memperluas cawangan dan meningkatk­an infrastruk­tur teknologi maklumat (IT).

“Kami akan membuka tiga hingga lima cawangan di Sabah dan Sarawak, dan antara 15-20 cawangan lagi di Semenanjun­g menjelang akhir tahun, terutama memberi tumpuan kepada pasaran sekunder,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu juga akan meningkatk­an teknologi tempahan dalam talian, yang boleh dialami apabila membuat pesanan secara dalam talian.

Shamsul berkata lebih 50 peratus daripada pesanan yang diterima tahun lepas adalah melalui laman webnya, melebihi pesanan yang dibuat melalui pusat panggilann­ya untuk kali pertama. — Bernama

 ??  ?? ZETI
ZETI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia