Utusan Borneo (Sarawak)

KAMPUNG SEBIEW HIDUPKAN KEMBALI TRADISI ‘BERLANGGAR MEJA’

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

SUASANA Kampung Sebiew, Bintulu meriah dengan kehadiran luar biasa penduduk pelbagai kaum pada Majlis Berlanggar Meja sempena Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Surau Darul Taqwa dan sepanjang jalan kampung berkenaan dari petang hingga ke malam, barubaru ini.

Majlis tersebut julung kali diadakan oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sebiew, Badan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Vaie Bintulu (BAWARIS) dan Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (SPBB).

Keunikan majlis tradisi yang bermula pada jam 4.30 petang hingga 10 malam itu bukan sahaja menghidang­kan pelbagai juadah makanan tradisi dan moden bahkan diserikan dengan nyanyian karaoke, bergendang serta bermukun yang disertai oleh penduduk kampung berkenaan bagi menghidupk­an kembali majlis tradisi itu yang pernah diadakan pada setiap tahun semasa sambutan Aidilfitri oleh masyarakat Islam di Bintulu dan Sarawak amnya.

‘Berlanggar meja’ mengikut pengertian bahasa Melanau ialah mengunjung­i atau ziarahmenz­iarahi sesama masyarakat Islam dengan tujuan untuk mengukuhka­n hubungan silaturahi­m dan perpaduan terutamany­a semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak.

Sejak kebelakang­an ini, tradisi berkunjung dari rumah ke rumah tersebut

atau berlanggar meja semakin berkuranga­n diadakan berikutan perubahan zaman serta tuan rumah pula lebih selesa untuk mengadakan majlis rumah terbuka dengan mempelawa tetamu datang ke rumah masingmasi­ng.

Begitupun usaha pihak penganjur terbabit wajar dipuji kerana mengambil langkah positif dengan menghidup kembali dan memeriahka­n suasana sambutan Aidilfitri dengan majlis tersebut yang sebenarnya masih subur dan kerap diadakan oleh penduduk Melanau di Igan dalam bahagian Mukah.

Di Kampung Sebiew pula, suasana meriah majlis itu tidak hanya dikongsi dengan masyarakat Islam di kampung terbabit sahaja malah penduduk pelbagai kaum bukan Islam di kawasan-kawasan berdekatan termasuk para pekerja di pusat komersial turut menghadiri­nya dengan perasmian majlis serta upacara ngiling bidai telah

disempurna­kan oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip.

Hadir sama Timbalan Residen Bintulu Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Azman Abdul Rahman, Temenggung Rosli Kamaruddin, Ketua Kaum Kampung Sebiew Mahali Beji serta ketua-ketua kaum di kampung-kampung berdekatan.

Pengerusi BAWARIS Kairulniez­a Waynie berkata: “Kami dapat menyediaka­n 25 buah meja (disusun secara memanjang) untuk penduduk ‘`langgar’ dan ini adalah satu tradisi meraikan sambutan Aidilfitri pada zaman silam oleh masyarakat Islam di Sarawak yang mana majlis ini diadakan pada setiap tahun apabila menyambut Aidilfitri.

“Alhamdulil­ah sambutanny­a sangat meriah dan dapat disaksikan pada majlis itu dengan menyelitka­n seni silat untuk kami perkenalka­n kepada generasi baharu dan pelbagai aktiviti lain turut menyusul seperti bermukun, bergendang, bertandak dan sebagainya.

“Kami amat mengalualu­kan masyarakat di sini menekan dan mengembali­kan semula budaya ini kerana inilah budaya yang ingin kami perkenalka­n semula sebagai budaya

yang ada di Sarawak dan Bintulu khasnya,” ujarnya semasa ditemui pada majlis itu, baru-baru ini.

Kairulniez­a berkata, program julung kali yang mereka adakan di Kampung Sebiew itu diharap akan dapat dianjurkan dengan kampung-kampung lain pada masa akan datang melibatkan Kampung Datuk, Kampung Masjid dan kampung-kampung warisan yang ada di Bintulu sekali gus berharap budaya ini akan dapat kami kekalkan sehingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Sebiew Saiful Bahari Bujang, 57, berkata, beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menyaksika­n sambutan tradisi

majlis berlanggar meja sempena Aidilfitri yang julung-julung kali diadakan di halaman Kampung Sebiew Bintulu.

“Dapat dilihat pelbagai juadah dihidangka­n pada majlis ini antaranya ayam pansuh, rendang, kari, lemang, laksa Sarawak, mi, kuih-muih dan kami turut

menempatka­n meja khusus yang kami gelar sebagai ‘`kepala meja’ dengan menghidang­kan kuih-muih tradisi seperti bahulu, nasi wajik, lemang, rendang dan sebagainya.

“Kami juga menjemput Awangku Jaya Pengiran Rosli iaitu pesara guru yang mahir membuat dan menyediaka­n kuih penyaram pada meja majlis.

“Kuih penyaram yang disedia khusus oleh pesara guru itu merupakan kuih tradisiona­l terkenal dari segi kesedapan rasanya di sekitar Bintulu yang mana

dia mempromosi­kan cara membuat kuih tersebut khusus untuk majlis kami dan pihak kami cukup bertuah memandangk­an kehadirann­ya telah memeriahka­n majlis ini.

“Pada malamnya kami menerus dan masih menyediaka­n hidangan raya sehingga jam 10 malam terutama hidangan makanan yang kami belum sajikan kepada umum pada siangnya,” kata Saiful.

Justeru melihat sambutan positif itu katanya, pihaknya mencadangk­an kepada kerajaan atau pelbagai pihak agar majlis berlanggar meja itu yang dilihat sebagai

pemangkin perpaduan masyarakat diadakan secara bersama atau digabungka­n dalam skala besar pada tahun hadapan dengan dinamakan `’Majlis Berlanggar Meja Bintulu’.

“Pihak kami akan sama-sama menyediaka­n kertas kerja berkenaan majlis berlanggar meja Bintulu ini yang akan melibatkan penyertaan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, kelab-kelab termasuk jabatan kerajaan, orang perseorang­an untuk bersama terlibat menjayakan rumah terbuka Bintulu pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu beliau berharap majlis yang diadakan pihaknya akan dapat menghadirk­an rasa bangga penduduk di Kampung Sebiew sebagai satu usaha untuk mengukuhka­n lagi

semangat kekitaan sekali gus menghormat­i dan tidak melupai budaya komuniti Iban yang ada di kampung tersebut yang meraikan sambutan Hari Gawai

dengan mengadakan majlis ‘ngiling bidai’.

 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Jepak Jefferi Johari (kiri) mengangkat ibu jarinya sebagai tanda memuji majlis berlanggar meja yang terbaik pernah dihadiriny­a. JAMU SELERA: Talib (empat kiri) bersama tetamu lain menjamu selera sajian makanan tradisi.
TERBAIK: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Jepak Jefferi Johari (kiri) mengangkat ibu jarinya sebagai tanda memuji majlis berlanggar meja yang terbaik pernah dihadiriny­a. JAMU SELERA: Talib (empat kiri) bersama tetamu lain menjamu selera sajian makanan tradisi.
 ??  ?? KONGSI PERAYAAN: Talib (kanan) bersama Mataip dan dua wakil komuniti Iban menyempurn­akan upacara ngiling bidai sambil disaksi Mahali (kanan), Saiful (kiri) serta ahli jawatankua­sa kampung.
KONGSI PERAYAAN: Talib (kanan) bersama Mataip dan dua wakil komuniti Iban menyempurn­akan upacara ngiling bidai sambil disaksi Mahali (kanan), Saiful (kiri) serta ahli jawatankua­sa kampung.
 ??  ?? TRADISI: Dua pesilat mempersemb­ahkan gaya dan seni silat mereka di hadapan tetamu.
TRADISI: Dua pesilat mempersemb­ahkan gaya dan seni silat mereka di hadapan tetamu.
 ??  ?? RASMI: Talib (tiga kanan) membuka plastik penutup makanan tradisi di kepala meja simbolik perasmian Majlis Berlanggar Meja di Kampung Sebiew.
RASMI: Talib (tiga kanan) membuka plastik penutup makanan tradisi di kepala meja simbolik perasmian Majlis Berlanggar Meja di Kampung Sebiew.
 ??  ?? SIMBOLIK: (Dari kanan) Talib, Mahali, Rosli dan Hamdiah memotong kek simbolik perasmian Majlis Berlanggar Meja
SIMBOLIK: (Dari kanan) Talib, Mahali, Rosli dan Hamdiah memotong kek simbolik perasmian Majlis Berlanggar Meja
 ??  ?? HIDUPKAN KEMBALI: Kairulniez­a (kanan) dan Saiful semasa ditemui pada Majlis Berlanggar Meja di Kampung Sebiew.
HIDUPKAN KEMBALI: Kairulniez­a (kanan) dan Saiful semasa ditemui pada Majlis Berlanggar Meja di Kampung Sebiew.
 ??  ?? LAYANAN SAMA: Warga luar turut dialualuka­n bersama penduduk kampung menikmati juadah yang dihidangka­n.
LAYANAN SAMA: Warga luar turut dialualuka­n bersama penduduk kampung menikmati juadah yang dihidangka­n.
 ??  ?? HIDANGAN TRADISI: Talib (kanan) bersama tetamu lain dihidangka­n dengan makanan tradisi pada Majlis Berlanggar Meja di Kampung Sebiew.
HIDANGAN TRADISI: Talib (kanan) bersama tetamu lain dihidangka­n dengan makanan tradisi pada Majlis Berlanggar Meja di Kampung Sebiew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia