Utusan Borneo (Sarawak)

BARU MENTERI, CHONG TIMBALAN MENTERI

-

KUALA LUMPUR: Seramai 13 lagi menteri kabinet dan 23 timbalan menteri semalam mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Istiadat yang berlangsun­g di Balairong Seri itu turut disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiga belas menteri yang mengangkat sumpah semalam menjadikan keseluruha­n 26 menteri dalam kabinet Dr Mahathir, 13 menteri terdahulu telah mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas.

Istiadat yang bermula pada 11 pagi itu dimulakan dengan kumpulan pertama jemaah menteri yang diketuai Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau diiringi Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Md Yusof (Menteri Pembanguna­n Usahawan); Ahli Parlimen Kuala Langat Dr A. Xavier Jayakumar ( Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli); Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna); Ahli Parlimen Selangau Baru Bian (Menteri Kerja Raya); Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah ( Menteri Luar Negeri) dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim (Menteri Industri Utama).

Kumpulan kedua menteri yang mengangkat sumpah diketuai Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Rawa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Agama); Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar); Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad (Menteri Wilayah); Ahli Parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri – UndangUnda­ng); Ahli Parlimen Penampang Ignatius Darell Leiking (Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri) dan Ahli Parlimen Silam Datuk Mohamaddin Ketapi (Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya).

Barisan timbalan menteri yang mengangkat sumpah pada istiadat itu ialah Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Kementeria­n Wilayah); Ahli Parlimen Tanjung Piai Dr Md Farid Md Rafik (Jabatan Perdana Menteri – Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial); Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah (Kementeria­n Kewangan); Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith (Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Md Akin (Kementeria­n Industri Utama); Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin (Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani).

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (Jabatan Perdana Menteri – Agama); Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa ( Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar); Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ( Kementeria­n Kesihatan); Ahli Parlimen Balik Pulau Bakhtiar Wan Chik (Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya); Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen ( Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna); Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli).

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (Kementeria­n Sumber Manusia); Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh Tseow Suan ( Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong (Kementeria­n Belia dan Sukan); Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming (Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri); Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching ( Kementeria­n Pendidikan) dan Ahli Parlimen Temerloh Mohd Anuar Mohd Tahir (Kementeria­n Kerja Raya).

Timbalan menteri lain yang mengangkat sumpah ialah Ahli Parlimen Lumut Dr Mohd Hatta Md Ramli (Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan); Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin ( Jabatan Perdana Menteri – Undang-Undang); Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Kamarudin Jaffar (Kementeria­n Pengangkut­an); Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman (Kementeria­n Dalam Negeri) dan Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissa­h Munirah Majilis (Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar).

Mereka masing- masing turut menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Richard dan Ali.

Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad AlBakri.

Pada 10 Mei lepas, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksika­n tamatnya pemerintah­an 61 tahun Barisan Nasional.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga kemudian mengangkat sumpah mengetuai barisan 13 anggota kabinet pada 21 Mei lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia