Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada toleransi untuk rasuah

Ketelusan, penarafan rasuah membimbang­kan, beri gambaran buruk terhadap negara

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Jenayah rasuah tidak harus diberi toleransi kerana ia memberi gambaran buruk terhadap negara di mata dunia.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip mendedahka­n bahawa indeks ketelusan dan penarafan rasuah Malaysia semakin membimbang­kan.

“Kita tidak boleh bertolak ansur ( terhadap jenayah rasuah) dan jangan membuatkan­nya bertambah buruk lagi.

“Apa yang harus kita utamakan sekarang adalah memulihkan kembali indeks persepsi rasuah kita.

“Mana-mana negara yang mempunyai indeks persepsi rasuah yang baik kita jadikan contoh supaya kita menjadi yang lebih baik daripada negara jiran kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah Persekutua­n Pekilang Malaysia (FMM) di sebuah hotel di sini semalam.

Majlis berkenaan disaksi Talib bersama Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sarawak Razim Mohd Noor dan pegawai SPRM lain.

Pada masa sama Talib turut memuji komitmen SPRM dalam menangani isu rasuah di negara amnya dan di Sarawak khasnya.

“Ia bukan satu tanggungja­wab yang mudah dan kita harus menghargai mereka yang benar-benar jujur dalam memikul tanggungja­wab mereka,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n agar FMM menggunaka­n teknologi maklumat untuk mengekang salah laku rasuah melibatkan komuniti dalam organisasi itu.

“Kita harus bersama-sama memerangi jenayah rasuah ini bukan sahaja ia baik untuk perniagaan anda tetapi juga baik untuk pembanguna­n negara.

“Malah, rakyat pada hari ini lebih mementingk­an integriti, kerajaan yang telus dan menolak pelaku rasuah,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi FMM Othman Abdul Rani ketika berucap berkata, persekutua­n itu telah ditubuhkan sejak 1968 dan kini mempunyi lebih 10,000 ahli syarikat melibatkan 3,000 ahli langsung dan 7,000 ahli tidak langsung.

Tegasnya, ikrar bebas rasuah yang ditandatan- gani itu adalah usaha FMM mewujudkan persekitar­an perniagaan yang lebih telus, berintegri­ti dan bebas rasuah.

“Kita juga sentiasa mengingatk­an ahli-ahli kita agar tidak mengamalka­n budaya ‘kau tim’ yang merupakan antara salah laku rasuah.

“Malah, kita juga akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak dalam memastikan Sarawak menjadi negeri yang bebas rasuah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TOLAK RASUAH: Othman (tiga kiri) menyerahka­n dokumen ikrar bebas rasuah kepada Razim sambil disaksi Talib (tengah) dan ahli Persekutua­n Pekilang Malaysia lain.
TOLAK RASUAH: Othman (tiga kiri) menyerahka­n dokumen ikrar bebas rasuah kepada Razim sambil disaksi Talib (tengah) dan ahli Persekutua­n Pekilang Malaysia lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia