Utusan Borneo (Sarawak)

Kisah ‘Star Wars’: Budaya peminat toksik

‘The Last Jedi’ menaikkan lagi kemarahan kumpulan peminat ini

- Oleh Frankie Taggart

WALAUPUN pada umumnya ia adalah mengenai pedang cahaya, angkasa raya dan pergelutan abadi di antara kebaikan melawan kejahatan, filem-filem terkini dalam drama ‘Star Wars’ juga mengenai penolakan terhadap kebijaksan­aan konvension­al mengenai orang yang dapat memimpin sebuah filem.

Filem seperti ‘Rogue One’ dan ‘The Last Jedi’ mengaut keuntungan dengan memberi masa skrin kepada wanita dan watak berwarna-warni seperti Rey (Daisy Ridley) dan Finn (pelakon berkulit hitam John Boyega) di sisi lelaki tradisiona­l, wira berkulit hitam dalam sirisiri tersebut.

Namun era Disney yang inklusif dan dibawa masuk oleh ‘The Force Awakens’ pada 2015 mempunyai Sisi Gelap tersendiri – kelakuan keji dalam talian oleh golongan minoriti yang lantang bersuara dan tersinggun­g kerana ‘lembu suci’ mereka telah dicuri.

“Ia pasti tidak adil dan terlalu umum untuk menyatakan ‘Star Wars’ ada masalah ‘dunia peminat’. Apa yang ia ada ialah masalah dunia peminat lelaki berkulit putih,” kata penulis filem Kayleigh Donaldson.

Golongan kecil peminat yang toksik ini – dan bertindih dengan anasir haluan kanan ekstrim dan pergerakan lelaki “incel” yang benci kepada wanita – marah kerana filem baharu tidak lagi disasarkan hanya kepada mereka.

Di tengah-tengah kemarahan mengenai ketepatan politik yang tidak terhalang, ia wajar diperhatik­an bahawa ‘Star Wars’ masih belum ada kesamaan jantina dan, termasuk dalam era Disney, mempunyai perjalanan yang masih jauh sebelum ia dapat menjadi contoh keinklusif­an yang unggul.

Filem paling mesra wanita ‘The Last Jedi’ memaparkan wanita tidak sampai separuh daripada masa tayangan manakala lelaki mendapat dua pertiga dialog dalam ‘The Force Awakens’.

“Namun ini memadai bagi peminat yang toksik ini untuk menjerit propaganda dan mendakwa ‘Star Wars mereka’ sudah tiada lagi,” ujar Donaldson, dalam satu esei untuk laman sesawang hiburan SyFyWire.

“Penyertaan wanita dan orang berkulit gelap sahaja sudah mencukupi untuk mereka membuat bantahan dan mendakwa mereka ‘mengambil alih’ francais.” - Pencabulan -

‘The Last Jedi’ khususnya dituduh memusnahka­n legasi ‘Star Wars’ dengan merobek mitologi berusia berdekadde­kad yang dibina dengan teliti dan menggalakk­an politik identiti yang liberal.

Sementara Mark Hamill (Luke Skywalker) dan Adam Driver (Kylo Ren) telah mengelak kritikan dan hinaan, Kelly Marie Tran, seorang anggota barisan pelakon Amerika dengan asal-usul di Vietnam, telah diserang tanpa belas kasihan.

Tran, yang membawa watak mekanik Rose Tico, memadamkan akaunnya dalam Instagram pada awal bulan Jun selepas hinaan rasis dan seksis yang berpanjang­an oleh sekumpulan troll.

Lamannya dalam laman rujukan ‘Star Wars’ Wookieeped­ia telah disunting untuk menukar namanya kepada ‘Ching Chong Wing Tong’ dan dia digambarka­n sebagai “bodoh, autistik dan terencat”.

Hamill telah membela Tran, dan tweet satu gambar kedua-dua mereka dan menulis: “Apakah yang tidak boleh disayangi? #GetALifeNe­rds.”

Pengarah filem itu yang sabar dan ramah Rian Johnson telah menghadapi ancaman maut dan hinaan yang tidak putus-putus daripada mereka yang seakan-akan melihatnya lebih sebagai satu ancaman kewujudan (existentia­l) berbanding Darth Vader.

Satu petisyen yang menuntut ‘The Last Jedi’ dikeluarka­n daripada daftar karya ‘Star Wars’ telah menarik 107,000 tanda tangan manakala satu lagi yang meminta Johnson memohon maaf secara peribadi melepasi 10,000 pada minggu lepas.

Ini adalah sebuah filem yang amat disukai pengkritik, dan skor audiens 46 peratus yang rendah dalam Rotten Tomatoes dipercayai telah diturunkan secara tiruan oleh ‘bots’ yang dilepaskan untuk merosakkan sistem. - Sindiran -

Ia bukan hanya ‘The Last Jedi’ sahaja yang telah menimbulka­n kemarahan kumpulan berkenaan.

Ridley memadamkan Instagramn­ya selepas dikecam ekoran pengeluara­n ‘The Force Awakens’ dan mendapatka­n terapi untuk menangani tekanan.

Seorang lagi rakan pelakon Boyega telah menerima tuduhan melakukan pencabulan sejak peminat mengetahui seorang Stormtroop­er berkulit hitam akan wujud dalam alam semesta ‘Star Wars’.

Budaya peminat toksik yang menyelubun­gi ‘Star Wars’ sebenarnya bermula sebelum tanggapan wujud mengenai ketepatan politik Disney, yang membeli Lucasfilm dengan harga AS$4 bilion pada 2012.

Bintang kanak-kanak Jake Lloyd dan pelakon Hayden Christense­n – kedua-duanya berkulit putih dan lelaki – keluar dari Hollywood selepas sindiran yang tidak hentihenti mengenai lakonan mereka dalam siri prekuel George Lucas, pencipta ‘Star Wars’.

Sementara itu orang yang mengecam Lucas kerana merosakkan zaman kanak-kanak mereka adalah sebahagian daripada pergerakan sama yang kini memintanya menyelamat­kan ‘Star Wars’ daripada Disney.

Walaupun troll mungkin tidak tiba-tiba muncul dari langit biru yang cerah, ketoksikan obsesi mereka telah diperkuatk­an lagi oleh megafon Twitter.

Tetapi masanya belum lagi tiba untuk rasa hampa dan berundur kepada keterpenci­lan santuari Luke Skywalker yang berhadapan dengan lautan di Ahch-To, kata David Opie dari majalah gaya hidup dalam talian Highsnobie­ty.

“Daripada bergaduh dengan apa yang kita benci, cara terbaik untuk menang ialah dengan ‘menyelamat­kan apa yang kita sayangi’,” tulisnya, yang meminjam kata-kata Rose yang berpengaru­h dalam ‘The Last Jedi’.

“Tiada yang menggambar­kan semangat Pemberonta­k lebih daripada meraikan perkara yang paling penting bagi kita dan melayan orang lain dengan hormat. Selagi kita terus berbuat demikian, Sisi Gelap dalam dunia peminat Star Wars akan selama-lamanya dapat dijauhkan.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? DAISY RIDLEY
DAISY RIDLEY
 ??  ??
 ??  ?? JOHN BOYEGA
JOHN BOYEGA
 ??  ?? KELLY MARIE TRAN
KELLY MARIE TRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia