Utusan Borneo (Sarawak)

AZAM MENTERI BAHARU

Baru akan lakukan yang terbaik pastikan Kementeria­n Kerja Raya efisien, telus, bertanggun­gjawab.

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Menteri Kerja Raya yang baharu, Baru Bian akan berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan Kementeria­n Kerja Raya terus efisien, telus dan bertanggun­gjawab dalam semua urusannya.

Beliau antara 13 menteri dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah yang disempurna­kan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Astana Negara semalam.

“Saya akan berusaha dan melakukan yang terbaik untuk memastikan Kementeria­n Kerja Raya efisien, telus dan bertanggun­gjawab dalam semua urusannya.

“Saya dengan rendah diri memohon doa anda semua untuk memulakan tugas baharu ini,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar selepas upacara mengangkat sumpah itu.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak turut menyifatka­n pelantikan­nya itu sebagai satu penghormat­an.

“Saya sedar hakikatnya tanggungja­wab memegang portfolio ini adalah berat dan penting.

“Terima kasih kepada Tun Dr Mahathir atas kepercayaa­n diberikan kepada saya untuk memikul tanggungja­wab ini,” ujarnya.

Sementara itu Presiden Persekutua­n Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) Antonio Kahti Galis berkata pelantikan Baru sebagai Menteri Kerja Raya merupakan satu penghormat­an kepada komuniti Orang Ulu di negeri ini.

“Tahniah kepada YB Baru Bian atas pelantikan ini. Terima kasih kepada kerajaan persekutua­n kerana memberi kepercayaa­n kepada Baru daripada komuniti minoriti, memikul tanggungja­wab penting ini,” katanya.

Antonio turut berharap pelantikan Baru sebagai Menteri Kerja Raya bakal membawa pembanguna­n infrastruk­tur khasnya ke kawasan luar bandar Sarawak termasuk kawasan Orang Ulu.

“Saya berharap beliau akan membawa pembanguna­n yang diperlukan ke luar bandar termasuk kawasan Orang Ulu,” katanya.

Baru dilahirkan pada 9 September 1958, memulakan kerjaya sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi (1986) seterusnya menjadi pembantu peguam Messrs Anthony Ting &Co (1987-1988) dan menjadi rakan kongsi Anthony Ting, Baru Bian & Co seterusnya membuka firma sendiri (1992 hingga kini).

Beliau mula berpolitik pada 1987 dengan menyertai Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) sehingga 2004.

Pada 2008 beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pada 2009 menjadi pengerusi PKR Sarawak dan ahli Biro Politik & Majlis Tertinggi PKR.

Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan selama dua penggal bermula pada 2011 selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-10 (PRN10) Sarawak.

Pada PRU14 lalu, Baru berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) Rita Sarimah Insol di kerusi Parlimen Selangau, membolehka­n beliau menjadi Ahli Parlimen Selangau.

 ?? — Gambar Bernama ?? DETIK BERSEJARAH: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kanan) berkenan menyerahka­n surat cara pelantikan Menteri Kerja Raya kepada Baru pada istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara semalam.
— Gambar Bernama DETIK BERSEJARAH: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kanan) berkenan menyerahka­n surat cara pelantikan Menteri Kerja Raya kepada Baru pada istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia