Utusan Borneo (Sarawak)

788 PESERTA ‘BERKAMPUNG’ DI UNIMAS

Atlet-atlet mengalami gangguan intelektua­l bakal berentap pada temasya Sukan Olimpik Khas 2018

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Temasya Sukan Olimpik Khas 2018 Peringkat Negeri Sarawak bakal berlangsun­g di Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS), Kota Samarahan pada 17 hingga 20 Ogos depan.

Memasuki edisi kelima tahun ini acara sukan itu akan dihoskan oleh Olimpik Khas (SO) Cabang Kuching yang diketuai presidenny­a, Datin Dayang Mariani Abang Zen.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata sukan ini diadakan dua tahun sekali dan disertai oleh SO Cabang Kuching, Sibu dan Miri.

Tahun ini, seramai 788 orang peserta menyertai sukan ini termasuk pegawai petugas serta sukarelawa­n yang akan membantu di semua lokasi acara.

“Sukan Olimpik Khas ini adalah berbeza daripada sukan-sukan Orang Kelainan Upaya ( OKU) yang lain kerana ia melibatkan peserta kalangan mereka yang mengalami gangguan intelektua­l seperti autitsik dan sindrom down.

“Tetapi, kita percaya aktiviti sukan seperti ini adalah satu cara untuk meningkatk­an kualiti kehidupan mereka selain mengetenga­hkan bakat-bakat sukan yang dimiliki oleh mereka.

“Setakat ini, persiapan bagi Sukan Olimpik Khas peringkat negeri berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak termasuk penaja LEA Sports Centre dan JACTIM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembang­an sukan OKU diikuti dengan pelancaran logo Sukan Olimpik Khas Negeri Sarawak 2018 di pejabatnya Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Bercakap lebih lanjut mengenai sukan tersebut, Dayang Mariani berkata ia akan melibatkan lima acara iaitu trek dan padang, bocce, renang, bola sepak dan boling.

Katanya, semua acara berlangsun­g di UNIMAS kecuali boling yang akan menggunaka­n pusat boling di Riverside Bowling di sini.

Acara perasmian pada 18 Ogos dan penutupan pada 20 Ogos dijangka disem- purnakan oleh Fatimah sendiri merangkap Presiden Olimpik Khas Sarawak dan penasihat bagi sukan tersebut tahun ini.

“Menariknya pada acara tahun ini turut diadakan Program Atlet Sihat (HAP) yang akan dibantu oleh 20 orang pelajar perubatan Kolej SEGi Sarawak dan 15 sukarelawa­n UNIMAS,” katanya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? LANCAR: Fatimah melancarka­n logo Sukan Olimpik Khas Negeri Sarawak Cabang Kuching 2018 disaksikan Dayang Mariani (tiga kanan) serta yang lain.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi LANCAR: Fatimah melancarka­n logo Sukan Olimpik Khas Negeri Sarawak Cabang Kuching 2018 disaksikan Dayang Mariani (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia