Utusan Borneo (Sarawak)

Hasrat perompak menikmati hasil rompakan tidak kesampaian

-

KUCHING: Hasrat seorang perompak dan sekumpulan perompak untuk berpesta hasil rompakan masing-masing tidak kesampaian apabila mereka berjaya ditangkap polis dengan barang-barang curi turut dirampas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata kes pertama membabitka­n seorang lelaki Melayu yang disyaki merompak sebuah pejabat di Bandar Baharu Batu Kawah (MJC) pada 27 Jun lepas dan ditangkap tiga hari kemudian.

Katanya suspek dipercayai memecah masuk ke pejabat tersebut dan kemudian mela- rikan set komputer, ketuhar, penapis air, mesin pencetak dan vakum yang dianggarka­n bernilai RM6,300.

“Penangkapa­n suspek dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan pada 30 Jun sekitar jam 3.30 petang di sebuah rumah di MJC,” katanya pada sidang media di IPD Padawan kelmarin.

Beliau berkata, suspek yang berusia 22 tahun juga mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 379 KK dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Manakala bagi satu lagi tangkapan, Merbin berkata, ia membabitka­n sekumpulan perompak yang telah merompak sebuah kedai menjual barang komputer di Siburan pada 19 Jun lalu.

Katanya, tangkapan melibatkan enam lelaki Cina dan seorang perempuan Bidayuh yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 47 tahun.

Barang-barang dilaporkan hilang adalah sebanyak 22 unit komputer riba pelbagai jenama, 23 unit telefon bimbit pelbagai jenama, aksesori telefon bimbit dan tabung duit siling.

“Tangkapan ke atas semua suspek dilakukan bersama oleh JSJ D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan JSJ IPD Padawan.

“Barang- barang yang dirampas daripada semua suspek adalah satu unit telefon bimbit jenama Ex Mobile dan 10 unit komputer riba pelbagai jenama,” katanya.

Merbin berkata, kesemua suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau dan kini direman bagi membantu siasatan serta mengenal pasti rakan suspek yang masih bebas dan menyemak lain-lain kes yang berkemungk­inan suspek turut terlibat.

 ??  ?? RAMPASAN: Merbin menunjukka­n barang-barang yang dirampas daripada semua suspek.
RAMPASAN: Merbin menunjukka­n barang-barang yang dirampas daripada semua suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia